Walaupun kita masih berada dalam situasi pandemik COVID-19, salah satu impak positif yang dapat dilihat adalah dunia digital semakin pesat membangun.
Banyak urusan yang sebelum ini agak menyusahkan kerana perlu menghabiskan masa menunggu di kaunter, kini tidak lagi.
Tahukah anda bahawa pembukaan akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) boleh dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan telefon pintar sahaja.
Secara asasnya, ASB merupakan pelaburan yang boleh menjana pulangan atau faedah serta cara mudah dan selamat untuk menyimpan duit dalam jangka masa panjang. Harga seunit dana ASB juga adalah sebanyak RM1.00.
Oleh yang demikian, bagi anda yang masih belum mempunyai akaun ASB, ini adalah cara membuka akaun tersebut dengan mudah.
Sebelum mula, pastikan anda mempunyai MyKad, maklumat peribadi dan maklumat akaun bank.
Pertama sekali, muat turun aplikasi myASNB di – App Store, Play Store atau App Gallery. Kemudian, tekan daftar. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) dan juga nombor telefon.
Seterusnya, masukkan nombor kata laluan sekali guna (OTP) yang dihantar kepada anda.
Selepas itu, lengkapkan butiran peribadi anda termasuk maklumat nombor akaun bank. Pastikan nama pemilik akaun bank adalah sama dengan pengenalan diri.
Kemudian, lengkapkan dokumen pengistiharan diri dan malumat pekerjaan (bagi tujuan jaringan produk yang sesuai untuk anda).
Seterusnya, pengesahan identiti perlu dibuat dengan mengambil gambar MyKad dan rakam video swafoto.
Setelas pengesahan identiti diluluskan, isi maklumat log masuk seperti nama pengguna, frasa keselamatan dan kata laluan.
Akhir sekali, mulakan pelaburan baharu pertama anda dengan RM10.
Sekiranya anda menghadapi masalah, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB – 03-77308899 (8 pagi-10 malam) atau emel ke [email protected]
Ketika artikel ini ditulis, ramai yang menghadapi ‘error’. Mungkin disebabkan jumlah pengguna mendaftar yang ramai.
Baca juga:
- Cara Untuk Memadam Lebih Daripada Satu Aplikasi Serentak Pada Android
- Lengkap 2 Dos Vaksinasi COVID-19 Tapi Tiada Sijil Di MySejahtera? Ikuti Langkah Ini
- Ini Cara Semak Dan Panduan Mengaktifkan TPM 2.0 Pada Komputer Anda