Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Maps

Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Diterbitkan Mac 7, 2022 · Dikemas kini Mac 7, 2022 oleh Anis Maisarah

Pernah tak kadang-kadang guna aplikasi ‘Google Maps‘, tiba-tiba aplikasi tersebut memberikan anda lokasi yang kurang tepat dengan destinasi sebenar? Sama seperti manusia, teknologi atau aplikasi juga tidak ketinggalan dalam membuat kesilapan.

Tapi anda jangan risau, setiap masalah, sudah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jadi, jom kita lihat cara untuk memperbaiki fungsi dalam aplikasi Google Maps.

Bagi pengguna Android anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

Pertama, anda perlu buka ‘Settings‘ di telefon android anda dan pilih ‘Location’.

Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Selepas itu, anda perlu pilih ‘Google Location Accuracy’

Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Akhir sekali, anda perlu menghidupkan ‘Improve Location Accuracy‘ untuk memperbaiki fungsi aplikasi ‘Google Maps‘.

Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Bagi pengguna Apple atau iOS, anda boleh ikuti pula langkah seperti yang berikut :

Pertama buka ‘Settings‘ dan pilih ‘Privacy‘.

Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Seterusnya, pilih ‘Location Services‘

Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Kemudian, pilih aplikasi ‘Google Maps‘

Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Akhir sekali, tekan on pada butang ‘Precise Location‘

Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Langkah yang terakhir bagi pengguna aplikasi Google Maps sama ada di Android atau iOS ialah anda harus mematikan fungsi ‘Battery Savings’ atau mod penjimatan bateri sewaktu menggunakannya.

Hal ini kerana, jika anda menghidupkan mod penjimatan bateri di telefon, ia akan sedikit mengganggu GPS. Oleh sebab itu, Google Maps kurang dapat memberikan  lokasi tepat kepada anda.

Selesai buat semua langkah-langkah yang dinyatakan. Kini, Google Maps anda pasti mampu berfungsi dengan baik.

Baca juga :

  • Tips Kelas Atas Talian Menggunakan iPad
  • Tips Mudah Tonton YouTube Tanpa Iklan
  • 5 Tips Dan Teknik Ambil Gambar Malam Cantik Menggunakan vivo V19

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY