Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ciri Baharu Google Forms Boleh Memudahkan Kerja Anda Selepas Ini

Posted on Mac 3, 2022

Google Forms merupakan satu perisian yang mempunyai banyak kegunaan dalam dunia korporat, pendidikan, dan juga peribadi.

Cikgu boleh memanfaatkan platform tersebut sebagai medium untuk online quiz atau peperiksaan. Kita boleh menggunakan Google Forms untuk mengumpul maklumat, tinjauan atas talian, permohonan kerja dan banyak lagi.

Sekiranya selama ini pembaca menganggap Google Forms boleh di selaraskan dengan penggunaan Google Docs dan Slides, ia adalah salah kerana pihak Google membina perisian ini sebagai satu entiti bebas dan tunggal.

Tetapi, perkara ini telah berubah kerana Google telah melancarkan satu ciri baharu. Ciri tersebut membolehkan kita menghubungkan (link) maklumat dan data terkumpul dari Google Forms kepada Docs, Slides dan Drawing secara terus.

Selepas ini, cikgu-cikgu, pekerja swasta dan kerajaan mahupun pelajar universiti sendiri dapat melakukan tugasan mereka dengan mudah.

Bagi anda yang mahu menggunakannya, ciri baharu tersebut sudah pun boleh digunakan bermula hari ini dan ditawarkan untuk semua akaun.

Sumber: Google

Baca juga:

  • Google Buang Ciri Utama Pelayar Chrome Ini Lewat Bulan Hadapan
  • Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome
  • Ini 7 Fakta Menarik Tentang Statistik Pelayar Google Chrome Yang Anda Tidak Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress