Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode

Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode

Diterbitkan Mac 4, 2022 ยท Dikemas kini Mac 4, 2022 oleh Firdaus

Ciri mod gelap menjadi semakin popular di kalangan pengguna semenjak ia diperkenalkan. Sekarang ini, kita dapat melihat banyak aplikasi telah membawa mod gelap sebagai ciri baru yang boleh diakses dalam aplikasi mereka.

Mod gelap membawa banyak kelebihan kepada pengguna seperti mengurangkan beban mata, menjimatkan pengguna bateri dan mesra pengguna.

Baru-baru ini, Google sedang menguji warna gelap yang baharu sebagai alternatif yang berpotensi untuk menggantikan warna mod gelap yang sedia ada. Warna tersebut kelihatan lebih gelap berbanding warna mod gelap yang sedia ada.

Pengujian warna baharu mod gelap di versi telefon pintar tidak segelap versi laman sesawang Google, tetapi ia lebih gelap berbanding warna yang sedia ada seperti gambar di bawah.

Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode
Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode
Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode
Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode

Penggunaan warna gelap yang baharu pada versi laman sesawang kelihatan lebih menarik dan pautan nampak lebih tajam, jelas dan bersemangat.

Warna hitam kelabu pada mod gelap sebelum ini sudah memadai tetapi itu tidak bermaksud ia tidak boleh di naik taraf kepada pilihan yang lebih baik. Lihat perbezaan dalam gambar di bawah ini.

Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode
Android Police
Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode
Android Police

Warna hitam pekat yang baharu ini akan kelihatan lebih menarik sekiranya pembaca menggunakan skrin AMOLED. Pada pendapat peribadi saya, saya lebih sukakan warna hitam yang baharu ini dan ia merupakan pilihan warna yang terbaik untuk mod gelap.

Google telah mengesahkan ujian mereka terhadap mod gelap terbaru ini pada penghujung tahun lepas, dan kita boleh mengakses warna gelap baharu ini selepas suku pertama tahun ini di peringkat global.

Bagaimana hendak mengaktifkan mod gelap di Google?

  • Pergi ke mana-mana halaman Google.
  • Lihat ikon setting di belah kanan atas, bersebelahan dengan imej profil pengguna, dan tekan.
  • Lihat di bahagian bawah ‘Appearance’, dan pilih Dark Theme.

Atau

  • Pergi ke halaman utama Google.
  • Lihat di belah kanan bawah, ada butang ‘Setting’ dan tekan.
  • Dan pilih pada butang Dark Theme.

Sumber: The Verge, Android Police

Baca juga:

  • Cara Matikan Permintaan “Sign In With Google” Pada Laman Sesawang
  • 3 Langkah Mudah Aktifkan ‘Dark Mode’ Pada Microsoft Word
  • 4 Sebab Kenapa Dark Mode Telefon Pintar Mungkin Bahayakan Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY