Lenovo menerusi komputer riba ThinkPad P1 baharu mereka telah mengumumkan generasi RAM komputer riba generasi baharu yang dikenali sebagai LPCAMM2.
ThinkPad P1 sekali gus menjadi komputer riba pertama di dunia yang menggunakan RAM LPCAMM2 dari Micron.
Jadi, apa yang menariknya dengan LPCAMM2 (Low-Power Compression-Attached Memory Module) ?
Komputer riba yang menggunakan modul RAM DDR5 SO-DIMM biasanya menggunakan banyak ruang dan kuasa serta tidak mesra pembaikan kendiri.
RAM LPDDR5X atau DDR5 berkuasa rendah boleh menjimatkan kuasa aktif dan siap sedia dengan ketara serta menawarkan prestasi yang lebih baik.
Tetapi prestasi dan keperluan kuasanya memerlukan ia dipateri terus ke papan induk komputer riba sedekat mungkin dengan CPU.

Jadi, di sinilah LPCAMM2 menyelesaikan isu ini.
Pada tahun lalu, JEDEC, organisasi yang menguruskan piawaian memori, mengguna pakai modul memori Dell Compression Attached Memory sebagai CAMM2. Pada masa yang sama cabang daripadanya turut dibangunkan adalah LPCAMM2.
Micron berkata, LCAMM2 akan mencapai kelajuan 7467MT/s, yang menyediakan kira-kira 34 peratus lebar jalur lebih besar daripada modul DDR5 pada 5600MT/s.
LPCAMM2 juga mengecilkan ruang yang digunakan pada papan induk dengan ketara sehingga 64 peratus berbanding konfigurasi SO-DIMM bertindan biasa.
Kelebihan ini sekali gus menjimatkan ruang dan memberikan pengeluar komputer riba keupayaan untuk menghasilkan komputer riba yang lebih nipis, modular dan jimat tenaga.
Malah kemunculan LPCAMM2 juga menggembirakan para penyokong pembaikan kendiri.
Kehadiran LPCAMM2 memberikan tanda bahawa era RAM SO-DIMMs akan berakhir.
Walaupun LPCAMM2 tiba dari Micron dalam produk Lenovo, teknologi ini berpunca daripada kewujudannya kepada pakatan syarikat teknologi yang bekerjasama selama beberapa tahun.
Samsung, ADATA dan lain-lain juga kini sudah mula giat mengeluarkan RAM generasi baharu ini ke pasaran.
{suggest}