Peranti andalan ASUS 8z kini telah selamat dilancarkan di India. Peranti ini mula diacah sejak bulan Ogos 2021 tahun lepas. Jadi mari kita lihat spesifikasi peranti ini.
Spesifikasi:
- Cip pemprosesan: Snapdragon 888
- Skrin: 5.9 inci S-AMOLED FHD+, HDR10+, 120Hz kadar segar semula
- Kamera: 64MP Utama, 12MP ultra lebar, 12MP swafoto
- Bateri: 4000mAh dengan pengecasan pantas 30W (Quick Charge 5)
- Storan: 8GB RAM + 128GB storan
- Sistem operasi: ZEN UI berasaskan Android 11
Untuk sebuah peranti andalan, ianya pasti dikuasakan cipset terbaharu. Oleh itu, menguasakan peranti ini adalah Snapdragon 888.
Dengan skrin 5.9 inci jenis S-AMOLED, ia mempunyai resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Kecerahan skrin ini juga mampu mencapai sehingga 1,100 nits. Pada skrin ini juga, terdapat satu lubang kamera pada bahagian bucu kiri atas yang menempatkan 12MP Sony IMX663 kamera swafoto.
Pada bahagian belakang, terdapat lagi 2 modul kamera iaitu 64MP Sony IMX686 dan 12MP Sony IMX363 kamera ultra lebar. Ini membuatkan kesemua modul kamera pada peranti ini adalah dari Sony. Jika ada yang tertanya, ya, ASUS 8z ini hanya menggunakan sistem 2 kamera.
Bateri yang dimuatkan adalah berkapasiti 4,000mAh dengan pengeacsan pantas 30W Quick Charge 5. Selain itu, ASUS 8z ini masih lagi mengekalkan bicu audio 3.5mm.
Apa yang menarik lagi adalah, ASUS 8z ini mempunyai sokongan kalis air dan debu IP68. Skrin juga mempunyai pengesahan Corning Gorilla Glass Victus.
Malangnya, ia didatangkan dengan Zen UI berasaskan Android 11 dan bukannya Android 12. Android 12 telah dilancarkan pada bulan Oktober tahun lepas, sepatutnya tiada masalah untuk memuatkan sistem operasi tersebut pada sebuat peranti andalan 2022.
Harga jualan untuk ASUS 8z ini adalah Rs 42,999 (~RM2392) dan hanya ada 1 varian sahaja (8GB+128GB). Ia akan mula dijual di pasaran India bermula 7 Mac dengan 2 pilihan warna iaitu Obsidian Black dan Horizon Silver.
Sumber: GizmoChina
Baca juga: