Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion Pad-2

Lenovo Legion Pad Akan Diperkenal, Tablet ‘Gaming’ Pencabar iPad Mini

Diterbitkan Disember 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Tidak hairan kalau kita nak katakan bahawa tahun 2021 merupakan tahun bagi pasaran tablet. Pandemik telah membuatkan tablet android semakin rancak dilancarkan satu demi satu.

Sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam pasaran tablet, iaitu Lenovo dilihat mahu menawarkan tablet baharu mereka dalam masa terdekat.

Namun, saat jenama seperti Xiaomi atau Huawei yang ingin mengejar tablet bagi kegunaan produktiviti, Lenovo pula mungkin menyasarkan sebuah tablet ‘gaming’.

lenovo legion pad

Ini kerana Lenovo telah mengacah kehadiran Lenovo Legion Pad. Ia merupakan sebuah tablet bersaiz kompak yang hadir dengan saiz sebesar 8 inci. Saiz sebegini dilihat sebagai pencabar terdekat iPad mini.

Jika diikutkan, tablet yang hadir dengan saiz kompak lebih sedap untuk bermain permainan mudah alih. Malah, ia boleh dikatakan ‘sweet spot’ untuk bermain kerana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Buat masa sekarang, Lenovo sudah ada tablet yang mempunyai saiz besar berukuran 11.5 inci dan 12.6 inci. Namun, setakat ini masih belum diketahui lagi apakah spesifikasi yang digunakan Legion Pad ini.

Sumber: ithome

Baca juga:

  • iPad mini- ‘Kecil-Kecil Cili Padi’

  • Tablet Nokia Akan Tiba Buat Pasaran Tempatan Tak Lama Lagi

  • Ini Rupa Siri Samsung Galaxy Tab S8, Saiz Skrin Sebesar ‘Laptop’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY