Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Tab S8 Ultra

Ini Rupa Siri Samsung Galaxy Tab S8, Saiz Skrin Sebesar ‘Laptop’

Diterbitkan Disember 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Oktober lepas 91mobiles telah berkongsikan imej janaan komputer bagi tablet akan datang Samsung Tab S8 Ultra. Kini, tiba pula giliran ‘rakan’ yang lain diperlihatkan rekaannya, iaitu Galaxy Tab S8 dan Galaxy Tab S8 Plus.

Kali ini rekaan tersebut didedahkan evan blass. Menurut beliau, masih lagi tiga penawaran tablet baharu daripada Samsung. Menerusi Tab S8 dan Tab S8 Plus, ia berkongsi rupa bentuk yang sama. Saiz skrin masing-masing adalah sebesar 11 inci dan 12.4 inci.

Tab S8
Tab S8
Tab S8 Plus
Tab S8 Plus

Manakala bagi Galaxy Tab S8 Ultra, umpama yang didedahkan Onleaks dan 91mobiles di mana tablet ini tampil dengan bezel nipis, paparan bertakuk yang menempatkan dua lensa swafoto umpama MacBook Pro baharu dan saiz skrin ‘gergasi’ seluas 14.6 inci. Ibarat sebuah skrin yang hadir di komputer riba.

Tab S8 Ultra
Tab S8 Ultra

Dijangka ketiga-tiga model ini akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200 dan paparan menggunakan panel AMOLED berkadar segar semula 120Hz.

Sumber: @evleaks

Baca juga:

  • Dengan Samsung Galaxy A33, Telefon Kelas Bajet Pun Dah Ada Ciri IP67

  • Huawei “Flip” Mungkin Dilancar Tahun Ini, Pesaing Samsung Tapi Harga Lagi Murah

  • Ini Model Telefon Yang Pasti Guna Snapdragon 8 Gen 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY