Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lenovo Legion Go 2 Dijual Pada Harga Bermula RM5,399

Posted on September 11, 2025September 11, 2025

Lenovo baru sahaja memperkenalkan rangkaian Legion 2025.

Barisan kali ini menampilkan komputer riba, tablet, dan aksesori gaming dengan gabungan AI-tuned performance, sistem penyejukan baharu, dan paparan OLED immersive.

Ia direka untuk memenuhi keperluan gamer moden yang mahukan kuasa, rekaan premium, dan fleksibiliti bermain di mana-mana sahaja.

Lenovo Legion Pro 7i 

Model paling premium dalam siri ini ialah Lenovo Legion Pro 7i, dikuasakan Intel Core Ultra 9 275HX dan grafik NVIDIA GeForce siri RTX 50 yang boleh dikonfigurasi sehingga RTX 5090.

Paparan 16 inci WQXGA OLED menyokong kadar segar semula sehingga 240Hz, manakala teknologi penyejukan Legion Coldfront memastikan prestasi konsisten. Harga bermula RM13,999.

Lenovo Legion Pro 5i 

Untuk gamer yang mahukan kuasa besar dengan harga lebih rendah, Lenovo Legion Pro 5i hadir dengan Intel Core Ultra 9 275HX dan NVIDIA GeForce RTX 5070.

Skrin 16 inci WQXGA OLED menyokong 165Hz, sesuai untuk permainan AAA. Rekaan dengan sistem Coldfront Hyper menggunakan turbo fan dan paip haba 3D bagi mengawal suhu lebih senyap dan cekap. Harga bermula RM7,699.

Lenovo Legion 9i

Jika anda mahukan yang paling canggih, Lenovo Legion 9i adalah jawapannya. Ia dipasang dengan Intel Core Ultra 9, grafik siri RTX 50, serta sistem penyejukan liquid untuk mengekalkan prestasi maksimum.

Rekaan badan forged carbon menjadikan ia ringan, manakala paparan 18 inci PureSight menawarkan resolusi sehingga 4K. Ia juga menyokong mod 3D 2K tanpa cermin mata, sesuai untuk pereka 3D. Harga bermula RM21,999.

Lenovo Legion 7i

Lenovo Legion 7i direka untuk pelajar dan profesional STEM yang mahukan laptop berkuasa tetapi ringan. Beratnya kini 7% lebih ringan dan 10% lebih nipis berbanding generasi sebelumnya.

Dengan pengecasan pantas yang mampu mencapai 50% dalam 30 minit, ia sesuai untuk mereka yang aktif bergerak. Harga bermula RM9,999.

Lenovo Legion 5i 

Lenovo Legion 5i menawarkan pilihan seimbang untuk pelajar universiti atau pengguna harian. Dilengkapi Intel Core Ultra 9 275HX, ia kini hadir dalam saiz baharu 15 inci.

Rekaannya lebih mudah dibawa kerana sehingga 13% lebih nipis dan ringan. Harga bermula RM6,499.

Lenovo Legion Go 2

Untuk gamer yang mahu bermain di mana sahaja, Lenovo memperkenalkan Legion Go 2, sebuah konsol gaming mudah alih PC dengan AMD Ryzen Z2.

Skrin OLED 8.8 inci dengan kadar segar semula 144Hz memberi pengalaman permainan mudah alih yang lancar, lengkap dengan bateri tahan lama dan controller boleh tanggal. Ia akan dijual bermula pertengahan Oktober pada harga RM5,399.

Lenovo Legion Tab Gen 3

Lenovo Legion Tab Gen 3 pula memberi pengalaman gaming padat dalam saiz 8.8 inci. Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3 dengan sokongan Ray Tracing, ia mampu main hingga 165 FPS dengan grafik lancar.

Harga untuk model ini bermula RM2,199.

Lenovo Legion Glasses Gen 2 

Aksesori unik dalam barisan kali ini ialah Legion Glasses Gen 2. Ia menggunakan paparan micro-OLED untuk memaparkan skrin maya bersaiz 126 inci apabila disambung dengan USB-C.

Ringan dan mudah dibawa, ia sesuai untuk gaming atau menonton kandungan peribadi ketika dalam perjalanan. Harga bermula RM1,799.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress