Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Mahu Hasilkan Telefon Pintar ‘Tanpa Bezel dan Takuk’ Pertama Di Dunia

Lenovo Kemas Kini BIOS Untuk Ratusan Model Komputer Mereka

Diterbitkan September 19, 2022 · Dikemas kini September 19, 2022 oleh ariff bukhari

Lenovo telah menawarkan kemas kini terbaru BIOS bagi memperbetulkan isu keselamatan yang menjejaskan ratusan model komputer mereka.

Model-model komputer Lenovo yang terjejas dengan isu ini meliputi komputer mejaAll in One, IdeaCentre, Legion, ThinkCentre, ThinkPad, ThinkAgile, ThinkStation dan ThinkSystem.

Lenovo menyatakan, kelemahan keselamatan tersebut boleh disalahgunakan oleh penggodam untuk mencuri data sensitif, melancarkan serangan penafian perkhidmatan dan dalam kes yang melampau, membenarkan pelaksanaan kod sewenang-wenangnya.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Guna 'Point' Grab, Lelaki Ini Hanya Bayar ~RM800 Untuk Beli iPhone 14 Pro Max
  • JENDELA: Liputan Rangkaian 4G Capai 95.82% Setakat Jun 2022

Sebanyak 5 isu kecacatan tersebut diperbetulkan iaitu CVE-2021-28216, CVE-2022-40137, CVE-2022-40134, CVE-2022-40135 dan CVE-2022-40136.

Ekoran itu, pengguna komputer Lenovo digesa mengemas kini segera komputer Lenovo yang dimiliki mereka yang sudah pun ditawarkan sejak 13 September 2022 lalu.

Untuk senarai penuh produk-produk Lenovo yang terjejas, layari laman rasmi Lenovo.

Sumber: Lenovo, Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY