Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MBOT 23

Demi Mantapkan Teknologi Di Malaysia, MBOT Perkuat Hubungan Dengan 6 Negara ASEAN

Diterbitkan Ogos 17, 2023 · Dikemas kini Ogos 17, 2023 oleh ariff bukhari

Untuk menyatakan komitmen yang jitu untuk memacu kemajuan dan kemampanan bakat teknologi di rantau ini, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 6 buah negara ASEAN iaitu Myanmar, Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja dan Timor Leste

Ia merupakan satu pencapaian bersejarah yang telah pun diadakan semasa MBOT Experts Network In Technology, Innovation, and Cooperative Event (ENTICE 23) dengan disaksikan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

MBOT ENTICE 23 merupakan edisi ketiga yang dianjurkan setiap tahun yang menampilkan pelbagai program, termasuklah ucaptama dan sesi forum, Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pemain industri teknologi global serta Penyampaian Anugerah dan Pameran.

Demi Mantapkan Teknologi Di Malaysia, MBOT Perkuat Hubungan Dengan 6 Negara ASEAN
MBOT ENTICE 23 bertemakan ‘Sustaining Environmental, Social, Governance with Technology’ (Melestarikan Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus dengan Teknologi).

Dalam ucapan beliau, YB Tuan Chang Lih Kang memuji inisiatif Community of Practice (CoP) MBOT untuk mencipta piawaian dan kod etika bagi bidang teknologi mereka.

CoP adalah sekumpulan profesional MBOT yang berkongsi profesionalisme serta kepakaran untuk amalan profesional bersama untuk memupuk pendekatan baharu dalam teknologi pembangunan.

MOSTI pula akan memberi tumpuan kepada pembangunan sektor dan perancangan jangka panjang untuk industri.

Berkaitan

  • Bermula Di 3 Negeri, 3 Golongan Ini Layak Terima Tambang Percuma myBAS Konsesi
  • HarmonyOS Terima Sijil Keselamatan Tahap Tertinggi Pertama Di Dunia
  • Liga Esukan Malaysia Kembali, Pendaftaran Kini Dibuka

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY