Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Liga Esukan Malaysia Kembali, Pendaftaran Kini Dibuka

Liga Esukan Malaysia Kembali, Pendaftaran Kini Dibuka

Diterbitkan Ogos 17, 2023 · Dikemas kini Ogos 17, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) memaklumkan Liga Esukan Malaysia atau Malaysia Esports League 2023  (MEL23) kembali  buat tahun ketiga kali ini.

MEL23 terbahagi kepada dua siri iaitu Liga-Liga Negeri, Peringkat  Kebangsaan dan Siri Terbuka yang akan mempertandingkan sebanyak 7 judul  permainan popular iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM), eFootball Mobile dan Valorant untuk Liga Liga Negeri dan Peringkat Kebangsaan.

Manakala Dota 2, eFootball Console dan Tekken 7 akan dipertandingkan untuk Siri Terbuka dengan  jumlah hadiah kemenangan terkumpul bernilai RM393,700.00.

MEL 23

Pendaftaran MEL23 Peringkat Negeri dan Kebangsaan sudah pun dibuka sehingga 23 Ogos 2023. Pendaftaran boleh dibuat melalui platform rasmi esukan.gg di pautan https://www.esukan.gg/mel23.

MEL23 Liga-Liga Negeri akan berlangsung bermula 28 Ogos hingga 5 November. MEL23 Peringkat Kebangsaan pula akan berlangsung dari 16 Oktober hingga 1 Oktober.

Manakala untuk Siri Terbuka, pendaftaran akan dibuka pada 1  Oktober sehingga 26 Oktober.  

MEL23 anjuran Esports Integrated (ESI) bersama 16 Persatuan Sukan Elektronik Negeri dan  Wilayah Persekutuan serta disokong oleh Goodday (Rakan Minuman Rasmi), Rakita 107.9 (Rakan Media), dan Rakan Muda (Rakan Pelaksana).

Sebarang pertanyaan mengenai MEL23 boleh hubungi Encik Junaidy Al Johary bin Jamil, Penolong Naib Presiden, Program & Acara Esports  Integrated di talian 012-927 3497, emel [email protected] atau  layari laman sesawang www.impactintegrated.my. 

Berkaitan

  • Xbox Dah Ada Sistem Baharu Untuk Hukum Pemain "Toxic"
  • Netflix Mula Uji 'Cloud Gaming', Boleh Kawal Guna Telefon
  • KONAMI Umum eFootball 2024, Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Sumber: Siaran media KBS

(Pilih dan beli pelbagai model telefon pintar Gaming yang cukup berkuasa di Shopee dan Lazada untuk bermain pelbagai judul permainan mudah alih)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY