Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple watch tayar

Lelaki Ini Ikat Apple Watch Pada Rim Tayar Untuk ‘Stalk’ Teman Wanitanya

Diterbitkan Mac 31, 2022 · Dikemas kini Mac 31, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Selalunya, individu berniat jahat yang ingin menjejak mangsa akan menggunakan AirTag dengan meninggalkannya di kereta mereka. Dengan lokasi peranti tersebut, mereka dapat mengetahui di mana mangsa berada.

Namun, berbeza dengan Laurence Welch, seorang lelaki dari Tennesse yang menggunakan Apple Watch untuk ‘stalk’ teman wanitanya.

Menurut teman wanita atau mangsa, mereka sebelum ini sedia menggunakan aplikasi Life360 untuk mengetahui lokasi masing-masing namun dia bertindak mematikan ciri penjejakan.

Wanita ini kemudian ke Family Service Centre tanpa diketahui teman lelakinya lalu didesak melalui pesanan teks untuk memberitahu lokasinya.

Tetapi, teman lelakinya kemudian tiba di pusat perlindungan tersebut. Sampai di sana, lelaki berusia 29 tahun ini terus ke tayar hadapan dan bercangkung seolah-olah mencari barang, bukan mencari teman wanitanya.

stalk gf apple watch news

Hasil carian polis, mereka menjumpai seutas Apple Watch telah diikat pada jejari rim tayar kereta tersebut, justeru menggunakannya untuk menjejak lokasi teman wanitnya.

Mangsa yang pernah hadir ke Family Service Centre sebelum memgakui teman lelakinya sudah banyak kali mengugut untuk membunuhnya.

Menurut rekod, Welch juga pernah ditahan polis pada Disember lalu akibat dua pertudungan serangan domestik pada tahun yang sama.

Dia kemudian ditahan atas tindakannya menjejak teman wanita melalui Apple Watch.

Sumber: WSMV

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY