Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih 4.5 Juta Telah Menerima Insentif RM50 ePENJANA

Lebih 4.5 Juta Telah Menerima Insentif RM50 ePENJANA

Diterbitkan Ogos 5, 2020 · Dikemas kini Ogos 5, 2020 oleh Amalina Athman

Pada 31 Julai lalu, kerajaan telah melancarkan program RM750 juta kredit ePENJANA, iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Melalui program ini, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA.

rm50 epenjana

Sehingga 2 Ogos 2020, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan lebih 4.5 juta telah menerima kredit RM50 ePENJANA. Ia boleh ditebus menggunakan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.

Selain tiga penyedia perkhidmatan terpilih, ia turut dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesanan kontak Covid-19 MySejahtera.

Lebih 4.5 Juta Telah Menerima Insentif RM50 ePENJANA

Dalam pada itu, pengguna turut diingatkan untuk berhati-hati dengan aplikasi palsu dan tidak rasmi. Bagi pengguna yang belum menerima kredit RM50 ePENJANA, ia boleh ditebus bermula 31 Julai hingga 24 September 2020. Sementara,  tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Sumber: Menteri Kewangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
©2026 WISER.MY