Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome_1

Lebih 2.6 Bilion Pengguna Chrome Terdedah Kepada Eksploitasi, Google Keluarkan Kemas Kini Kecemasan

Diterbitkan Februari 15, 2022 · Dikemas kini Februari 15, 2022 oleh ariff bukhari

Google pada awal hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru bagi memperbetulkan kecacatan kritikal pada pelayar popular mereka iaitu Google Chrome.

Google menerusi satu kenyataan memberitahu bahawa mereka sedar akan kecacatan keselamatan pelayar itu yang dieksploitasi ketika ini sehingga menjejaskan  lebih 2.6 bilion pengguna pelayar tersebut.

“Google is aware of reports that an exploit for CVE-2022-0609 exists in the wild.” Google.

Kecacatan itu akan membolehkan penggodam melepasi ciri keselamatan sandbox Chrome. Walaubagaimanpun, Google tidak pula berkongsikan secara lebih teknikal tentang eksploitasi yang berlaku itu.

Screenshot 2022-02-15 at 8.45.10 PM
Kredit: Google

Ekoran itu, Google telah melepaskan kemas kini terbaru bagi memperbetulkan kecacatan itu. Versi terbaru pelayar Google Chrome selepas dikemas kini adalah versi 98.0.4758.102.

Ia ditawarkan kepada semua platfom termasuklah Windows, Mac dan Linux secara berperingkat kepada semua penggunanya di seluruh dunia dalam masa terdekat ini.

Anda boleh menyemak versi Chrome yang anda gunakan menerusi About Google Chrome. 

Screenshot 2022-02-15 at 8.15.00 PM

Menerusi kemas kini ini juga Google memperbetulkan 11 lagi isu keselamatan lain yang ditemui pada pelayar tersebut.

Jadi sekiranya anda pengguna pelayar Chrome, bolehlah segera mengemas kini pelayar tersebut bagi menangani isu keselamatan ini.

Sumber: Bleeping Computer, Google

Baca juga:

  • Ini 7 Fakta Menarik Tentang Statistik Pelayar Google Chrome Yang Anda Tidak Tahu
  • Selepas 8 Tahun, Google Menukar Rupa Ikon Pelayar Chrome
  • Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY