Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk “Preview” Pautan Yang Ingin Dibuka Pada Chrome Di Android

Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome

Diterbitkan Februari 8, 2022 oleh ariff bukhari

Sebelum ini, Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menyekat ciri penjejakan atau kuki (cookies) dari pelayar Chrome mereka.

Pengumuman itu menyebabkan industri pengiklanan bimbang dengan tindakan Google itu serta dominasi Google ke atas kawalan pengiklanan atas talian.

Kini, Goolge dilaporkan telah membatalkan rancangan mereka itu sebaliknya digantikan dengan ciri baru bagi menyekat penjejakan pihak ketiga dalam pelayar Chrome. Ciri itu dikenali sebagai Topics.

Google menyatakan, ciri baru pelayar Chrome ini akan menghapuskan kuki.

Tetapi ia akan memaklumkan pengiklan berdasarkan minat seseorang pelayar Chrome itu berdasarkan sejarah 3 minggu terakhir pengguna melayari internet.

Sebagai contoh perkataan yang digunakan seperti automotif, kenderaan, makanan, kesihatan dan lain-lain.

Bermakna, topik-topik dari sejarah pelayaran itu akan disimpan pelayar Chrome untuk tempoh 3 minggu sebelum ia dipadam.

Google dilaporkan akan mula menguji ciri baru Chrome ini pada suku pertama tahun ini.

Google Chrome merupakan aplikasi pelayar internet paling popular di dunia. Dianggarkan 2/3 daripada pengguna pelayar internet menggunakan pelayar Chrome.

Sumber: blog.google, The New York Times

Baca juga: Selepas 8 Tahun, Google Menukar Rupa Ikon Pelayar Chrome

Facebook Akui Mereka Akan Rugi RM42 Bilion Tahun Ini, Tuduh Apple Sebelahi Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY