Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mengurangkan penggunaan RAM pada Pelayar Chrome

Selepas 8 Tahun, Google Menukar Rupa Ikon Pelayar Chrome

Diterbitkan Februari 7, 2022 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan akan membuat perubahan pada reka bentuk aplikasi pelayar popular mereka iaitu Google Chrome.

Sejak diperkenalkan pada September 2008 dahulu, ikon aplikasi pelayar Chrome telah mengalami beberapa kali perubahan. Kali terakhir ia diubah adalah pada tahun 2014 dahulu.

Tetapi kini, hasil daripada perkongsian bersama pereka ikon aplikasi pelayar itu menerusi Twitter bernama Elvin, beliau mendedahkan bahawa akan berlaku perubahan pada ikon aplikasi tersebut pada tahun ini.

Some of you might have noticed a new icon in Chrome’s Canary update today. Yes! we’re refreshing Chrome’s brand icons for the first time in 8 years. The new icons will start to appear across your devices soon. pic.twitter.com/aaaRRzFLI1

— Elvin (@elvin_not_11) February 4, 2022

Daripada rekaan yang didedahkan itu mungkin tidak begitu nampak perbezaannya. Tetapi sebenarnya terdapat perubahan yang amat ketara dilakukan Google ke atas ikon pelayar itu.

Antaranya adalah Google membuang bayang di dalam ikon menjadikan ikon terbaru pelayar Chrome lebih ringkas. Warna-warna yang digunakan juga lebih terang dan seimbang bagi menyelaraskan dengan era yang lebih moden.

Tetapi menurut Elvin, perubahan yang paling ketara yang dilakukan mereka adalah ikon pelayar Google Chrome kini direka khas berdasarkan kepada sistem operasi yang digunakan pada sesebuah peranti.

Then, we created OS-specific customizations. We want the icons to feel recognizably Chrome, but also well crafted for each OS. For example, on Windows, the icons take on an obviously gradated look, appearing at home on Windows 10 & 11. pic.twitter.com/q598abI3Rx

— Elvin (@elvin_not_11) February 4, 2022

Rupa ikon pelayar Chrome terbaru ini dijangka akan mula diaplikasikan sedikit masa lagi secara berperingkat.

Google Chrome merupakan aplikasi pelayar paling popular di dunia di mana dianggarkan terdapat lebih daripada 2.65 bilion pengguna di seluruh dunia menggunakan pelayar tersebut dengan penguasaan lebih daripada 60% pengguna pelayar internet setakat tahun 2021.

Sumber: EarthWeb, iphonehacks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY