Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo tiruan

Lebih 1000 Unit Telefon Pintar vivo Tiruan Berjaya Dirampas

Diterbitkan Ogos 1, 2023 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (MDTCA) di Sabah telah menjalankan operasi penguatkuasaan di 3 cawangan kedai elektronik di Kota Kinabalu.

Hasilnya sejumlah 1175 unit produk vivo tiruan berjaya dirampas. Langkah proaktif ini menunjukkan dedikasi vivo untuk memerangi penggunaan tanpa kebenaran jenamanya di Malaysia, memastikan perlindungan rakan kongsi dan pengguna mereka terjamin.

Sepanjang 8 tahun yang lalu, vivo telah berjaya menarik pengguna yang besar di Malaysia sehingga meletakkan jenama itu sebagai salah satu jenama telefon pintar teratas dalam pasaran Malaysia.

Populariti vivo yang meluas dalam kalangan pengguna di Malaysia menjadi bukti kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan kehebatan teknologi jenama itu di sini.

vivo tiruan 1

vivo Malaysia menegaskan bahawa produk tiruan yang dijual boleh mendatangkan risiko kepada pengguna. Jadi adalah penting untuk pihak berkuasa mengambil tindakan pantas untuk mencegah penjualan produk tiruan.

Berhubung operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan, vivo Malaysia menghargai peranan penting yang dimainkan oleh MDTCA dalam menyokong usaha mereka untuk melindungi hak harta intelek mereka.

vivo Malaysia juga menyatakan dedikasi mereka untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia.

Bersama-sama, mereka akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas untuk memerangi sebarang penggunaan tanpa kebenaran jenama vivo, memastikan perlindungan menyeluruh hak pengguna vivo.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Ini Cara Kenali Telefon vivo Asli Atau Tiruan
  • Google: Pengeluar Android Lambat Keluarkan Kemas Kini Keselamatan

Sumber: Siaran media vivo Malaysia

(Beli pelbagai produk vivo asli hanya dari stor rasmi Shopee Mall vivo dan LazMall vivo)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY