Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo tiruan asli

Ini Cara Kenali Telefon vivo Asli Atau Tiruan

Diterbitkan Jun 26, 2023 · Dikemas kini Jun 26, 2023 oleh ariff bukhari

vivo Malaysia memaklumkan mengesan percambahan membimbangkan terhadap telefon pintar vivo tiruan di pasaran tempatan.

Peranti palsu ini menimbulkan risiko besar kepada pengguna yang mungkin pembelinya secara tidak sedar membawa kepada potensi bahaya keselamatan dan kekurangan sokongan.

Ekoran itu, untuk melindungi pelanggan daripada aktiviti penipuan sedemikian, vivo Malaysia mengeluarkan amaran dan menyediakan garis panduan untuk membantu pengguna membezakan antara telefon pintar vivo tulen dan palsu.

Model berikut telah dikenal pasti sebagai sasaran biasa untuk pemalsuan:

Screenshot 2023-06-26 at 11.54.52 AM

Daripada model-model telefon pintar vivo yang disenaraikan itu, boleh dilihat bahawa kebanyakkannya adalah terdiri daripada model pertengahan dan permulaan.

Jadi, bagi memastikan ketulenan telefon pintar vivo, pengguna dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Lawati laman sokongan rasmi vivo Malaysia

2. Masukkan IMEI 1 telefon pintar

Ini Cara Kenali Telefon vivo Asli Atau Tiruan

3. Jika telefon pintar itu tulen, semua maklumat yang berkaitan tentang peranti akan dipaparkan.

4. Sebaliknya, jika telefon pintar itu palsu, tapak sesawang itu akan menunjukkan bahawa IMEI tidak disokong.

Ini Cara Kenali Telefon vivo Asli Atau Tiruan

Untuk bantuan dan pengesahan lanjut, pengguna boleh menghubungi talian hotline vivo Malaysia di 1800-81-2836.

Wakil perkhidmatan pelanggan akan dapat mengesahkan sama ada peranti yang dibeli itu tulen atau palsu.

Sehubungan itu bagi mengelakkan pengguna ditipu dan memastikan ketulenan telefon pintar vivo, pengguna disyorkan hanya membuat pembelian daripada saluran berikut:

  1. kedai konsep vivo
  2. Kedai pengedar sah
  3. E-stor rasmi vivo, kedai utama Shopee dan Lazada

Pengguna diingatkan, membeli telefon pintar vivo palsu mendedahkan anda kepada pelbagai risiko, termasuklah ketiadaan perlindungan waranti, potensi bahaya keselamatan seperti kerosakan peranti atau letupan dan tiada pensijilan SIRIM yang menjamin pematuhan piawaian kawal selia di Malaysia.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Langgan Pelan 'Telco' Dan Dapat vivo Y36 5G Percuma
  • Machines Sedang Tawar Diskaun Untuk Pelbagai Produk Apple, Berakhir Pada 2 Julai 2023

Sumber: Siaran Media vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY