2 platform pembelian dalam talian paling menonjol di atas muka bumi Malaysia ini ialah Lazada dan juga Shopee.
Walaupun begitu, saya yakin ramai dikalangan pembaca sedar bahawa Shopee lebih dikenali dan jadi pilihan utama rakyat Malaysia apabila membeli-belah di dalam talian.
Tetapi tahukah anda bahawa Lazada dan Shopee mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka sendiri mengikut keperluan dan keinginan pembaca.
Oleh itu, izinkan saya untuk berkongsikan 5 perbezaan ringkas antara Lazada dan Shopee.
Shopee Coin vs LazCoins
Dari segi coin, Lazada lebih berbaloi dan lebih baik berbanding Shopee. Pada awal, Shopee menawarkan 1 coin pada hari pertama, 2 coin pada hari kedua hinggalah 7 coin pada hari ketujuh dan kitaran itu bermula dari awal.
Sayang sekali, pemberian coin dari Shopee telah dikurangkan kepada 1 coin pada hari pertama dan kedua, 2 coin pada hari ketiga dan keempat, 3 coin pada hari kelima dan keenam dan 5 coin sahaja pada hari ketujuh.
Itu jauh lebih rendah daripada sebelumnya, tetapi Lazada memberikan jumlah coin yang jauh lebih banyak dan berbaloi berbanding Shopee. Pada hari pertama, pengguna akan dapat 20 dan 30 coin pada hari kedua.
Menariknya pada hari-hari seterusnya, pengguna akan dapat 50 coin setiap hari yang mana secara amnya, lagi menguntungkan daripada Shopee.
Baucar Penghantaran Percuma Dan Baucar ‘Cashback’
Pada tahun lepas, Shopee melaksanakan polisi baharu dimana baucar penghantaran percuma dan baucar cashback tidak boleh digunakan serentak dalam satu transaksi pembelian.
Perkara ini telah membuatkan ramai pengguna Shopee tidak suka dan terima akan polisi baharu yang tidak menguntungkan ini. Oleh itu, pengguna perlu memilih salah satu baucar pilih dan perlu berbelanja lebih.
Sementara itu, Lazada masih lagi mengekalkan baucar penghantaran percuma dan baucar yang lain digunakan serentak dalam satu pembelian. Oleh itu, pengguna akan dapat nilai pembelian yang lebih baik lagi.
Antara Muka Aplikasi (UI)
Dari segi pengalaman penggunaan, UI aplikasi Shopee adalah lebih ringkas, senang, dan mudah difahami berbanding Lazada. Walaupun pengguna baru sahaja pertama kali menggunakan sekali pun, UI pada Shopee ini sangat mesra pengguna di mana anda tidak menghadapi sebarang masalah.
Berbanding UI Lazada, secara amnya ia agak padat, tidak mesra pengguna pertama, dan agak serabut sikit. Pengguna pertama atau pun yang pindah daripada Shopee ke Lazada pasti sukar untuk mengemudi diri mereka ketika guna Lazada buat pertama kali.
Harga
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, Lazada mempunyai pelbagai pilihan barang yang agak murah sedikit jika dibandingkan dengan Shopee. Tetapi itu bergantung kepada sesetengah waktu sahaja dan bukan untuk semua jenis barang atau pun sepanjang waktu.
Hal ini demikian kerana Lazada banyak menawarkan baucar promosi tertentu yang dapat mengurangkan harga yang agak banyak. Oleh itu, mudah untuk pengguna membeli barang-barang dengan potongan harga yang tinggi dengan baucar yang ditawarkan.
Berbanding Shopee pula, harga yang diberikan secara amnya memang standard tetapi sukar untuk pengguna macam saya dapat pemotongan harga yang lebih besar seperti Lazada walaupun dengan baucar yang Shopee tawarkan.
Penjual Dan Barang-Barang
Dari segi penjual, Shopee mempunyai lebih banyak penjual daripada orang tempatan dan mempunyai lebih banyak jenis dan pilihan barang yang dijual dalam platform itu.
Sementara itu, Lazada pula lebih kepada barang-barang yang rasmi daripada Mall sesebuah jenama itu sendiri. Jika pembaca mencari barang-barang elektronik, Lazada adalah platform yang lebih baik berbanding Shopee.
Selain itu, Lazada ini banyak menawarkan barang-barang daripada penjual luar negara iaitu dari China itu sendiri walaupun ia daripada Mall sesebuah jenama itu sendiri.
{suggest}