Jadi di sini disenarikan 5 pilihan ciri baru WhatsApp yang patut anda aktifkan untuk tahun 2023 ini:-
1. Cipta Avatar
WhatsApp kini dimuatkan dengan ciri yang membolehkan anda mencipta avatar anda sendiri untuk dijadikan sebagai pelekat dengan memilih 36 pelekat tersuai yang mencerminkan pelbagai emosi dan aksi yang berbeza ataupun dijadikan sebagai gambar profil anda.

WhatsApp juga memaklumkan bahawa mereka sedang membangunkan ciri baharu untuk avatar pada masa akan datang seperti keupayaan untuk anda dan kenalan mencipta pelekat avatar berbilang watak menggunakan avatar masing-masing.
Untuk mengetahui cara untuk mencipta avatar di WhatsApp, anda boleh rujuk artikel tips yang telah diterbitkan sebelum ini.
2. Sembunyikan Status Online Anda
Mungkin ada yang tidak tahu, anda sebenarnya sudah boleh menyembunyikan status online anda di WhatsApp.
Bermakna, apabila anda sedang aktif membaca mesej-mesej atau membuka kandungan di WhatsApp, status aktif anda di Whatsapp tidak akan kelihatan pada orang hubungan anda yang lain.
Tetapan ini boleh dibuat di Settings WhatsApp > Last seen and online.

Perlu diketahui, apabila ciri ini diaktifkan, anda juga tidak akan dapat melihat status online orang hubungan anda yang lain di apliaksi tersebut.
3. Keluar Grup WhatsApp "diam-diam"
Kini secara lalai (default) apabila anda keluar dari grup WhatsApp, ahli grup tersebut tidak akan menerima sebarang notifikasi apabila anda keluar dari grup WhatsApp itu.
Walaubagaimanapun, admin grup itu masih akan menerima notifikasi tindakan anda keluar dari grup.
Ahli grup yang lain pula hanya akan tahu anda keluar dari grup WhatsApp apabila mereka menyemaknya menerusi Group info > View past participants.
Senarai ahli yang keluar dari grup itu pula akan dipadam secara automatik selepas 60 hari.

4. Tetapan mesej padam sendiri selepas 24 jam
Anda kini boleh menetapkan mesej padam sendiri selepas 24 jam mesej itu dihantar pada individu tertentu di WhatsApp.
Tetapan untuk itu boleh diakses menerusi Settings WhatsApp > Privacy > Disappearing messages > Apply timer to chats.

5. End-to-end encrypted backup
Bagi meningkatkan privasi pada salinan (backup) sembang penggunanya, WhatsApp kini memperkenalkan ciri End-to-end encrypted backup.
WhatsApp menawarkan ciri sandaran yang disulitkan hujung ke hujung untuk mesej dan media yang akan disimpan di dalam storan awan dan dilindungi oleh kata laluan atau kekunci penyulitan 64-digit.
Cuma suka diingatkan, anda perlulah ingat akan kata laluan yang dicipta itu atau menyimpan kekunci 64 digit tersebut.
Ini kerana, sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang kekunci 64 digit itu, anda tidak akan dapat memulihkan sandaran sembang WhatsApp anda.
WhatsApp menyatakan, malah pihak mereka juga tidak dapat mengesetkan kata laluan anda semula atau memulihkan sandaran untuk anda semula.
{suggest}
Berkaitan
- WhatsApp Mula Tawar Ciri Baru Yang Dinanti-Nantikan Ini Lebih Awal Kepada Pengguna Beta
- Cara Keluar Dari Grup WhatsApp Tanpa Disedari Ahli Lain
- Pengguna Di India Kini Boleh Membuat Transaksi Kewangan Terus Dari WhatsApp
- Akhirnya Ciri 'View Once' Mula Ditawarkan Pada Pengguna WhatsApp Terpilih
- Anda Kini Boleh Menggunakan Ciri 'Multi-device' WhatsApp Tanpa Sambungan Talian Telefon
- Ini Cara Sembunyikan Status “typing...” Ketika Menaip Mesej Di WhatsApp
- SPRM Menyiasat Dakwaan Aplikasi WhatsApp Menjadi Medan Tawar Menawar Rasuah Kepada Ahli politik
- Facebook Memfailkan Saman Terhadap Firma Israel Kerana Menggodam Pengguna WhatsApp
- WhatsApp Akan Menyokong Ciri Perkongsian Status Ke Facebook
- Cara Sembunyikan Mesej WhatsApp Supaya Tiada Orang Lain Tahu Kewujudan Perbualan Atau Grup Rahsia WhatsApp Anda