Lazada Mohon Maaf Atas Gangguan Perkhidmatan, Bayaran Balik Kepada Pelanggan Akan Dipercepatkan

Dikhabarkan sejak bulan yang lalu, para pengguna laman e-Dagang, Lazada, mengalami beberapa masalah pembelian dan menyebabkan isu itu tular beberapa hari yang lepas.

Pelanggan-pelanggan meluahkan ketidakpuashatian mereka di akaun Facebook Lazada dan antara masalah yang menimpa mereka adalah, maklumat tempahan hilang selepas pembayaran dibuat, penghantaran hilang, pembayaran balik yang tidak diproses serta perkhidmatan pelanggan yang tidak responsif.



Sebentar tadi Lazada menerusi satu hantaran di Facebook telah membuat satu kenyataan mengenai masalah yang terjadi itu. Mereka dalam proses menaik taraf sistem bagi menghadapi kempen jualan pada 11.11 nanti tetapi malangnya gangguan sistem terjadi.

Permohonan maaf juga telah dibuat danĀ  mereka berjanji akan mempercepat proses baik pulih serta pembayaran balik kepada pelanggan.

Sumber: Lazada