Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-19T153249.963

HONOR Magic V2 RSR Tiba Di Malaysia Bersama Hadiah Prapesanan Bernilai RM3,247

Diterbitkan Januari 19, 2024 oleh Muhd Idham

Setelah pelancarannya untuk pasaran China, HONOR Malaysia kini membawa masuk telefon pintar boleh lipat terbaru mereka, HONOR Magic V2 edisi Porsche RSR ke dalam pasaran tempatan yang ditawarkan secara eksklusif melalui jemputan sahaja.

HONOR Magic V2

HONOR Magic V2 RSR Tiba Di Malaysia Bersama Hadiah Prapesanan Bernilai RM3,247

Selain daripada menjadi telefon pintar boleh lipat paling nipis, Magic V2 ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 serta digandingkan bersama 16GB RAM memori konfigurasi dan 512GB storan.

Bagi paparan utama, ia menggunakan skrin LTPO OLED 7.92 inci manakala skrin di bahagian luar apabila ditutup juga menggunakan jenis skrin yang sama dengan saiz 6.43 inci.

Kedua-dua skrin ini mempunyai kadar segar semula yang sama iaitu 120Hz.

Magic V2 ini juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP, kamera telefoto 20MP dan kamera swafoto dua lensa 16MP.

Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan disokong oleh pengecasan pantas 66W.

Available Exclusively by Invitation Only

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri jemputan eksklusif pengalaman bersama HONOR Magic V2 edisi Porsche RSR, sila daftar maklumat anda melalui pautan INI dan dapatkan kod akses untuk ke cawangan HONOR yang terpilih.

HONOR Malaysia juga ada membuat satu promosi prapesanan peranti HONOR Magic V2 versi standard dengan tawaran hadiah bernilai RM3,247.

Anda boleh membuat prapesanan ini melalui laman web rasmi HONOR Malaysia yang akan berkesan sehingga 24 Januari 2024 ini sahaja.

Berkaitan

  • Butang 'Capture' iPhone 16 Dilapor Akan Hadir Dengan Ciri Baharu
  • Ini 3 Pembekal Jalur Lebar Tetap Terpantas Di Malaysia Setakat Suku Ke-4 2023
  • Kelajuan Jalur Lebar Tetap Malaysia Atasi Jordan Dengan Perbezaan 0.22 Mbps
  • Tawaran Haji Mula Keluar, Permohonan Rayuan Dalam Talian Dibuka Minggu Depan

Sumber: Siaran Media HONOR

(Beli pelbagai produk Honor dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY