Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laporan: Pencerobohan Siber Jejas 50 Organisasi Teknologi Operasi Di Malaysia

Laporan: Pencerobohan Siber Jejas 50 Organisasi Teknologi Operasi Di Malaysia

Diterbitkan September 21, 2022 ยท Dikemas kini September 21, 2022 oleh Amalina Athman

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh syarikat keselamatan siber Fortinet, sebanyak 50 organisasi yang terlibat dalam industri teknologi operasi (OT) di Malaysia terjejas dari segi operasi berikutan pencerobohan siber.

Jumlah tersebut adalah mewakili 100% daripada organisasi OT di Malaysia yang terlibat dengan kajian dalam Laporan Teknologi Operasi dan Keselamatan Siber Global 2022 terkini syarikat itu.

Berkaitan

  • iPay88 Sahkan Ada Pencerobohan Data, Maklumat Kad Pengguna Mungkin Dicuri
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • NACSA Akan Buat Kenyataan Berhubung Insiden Pencerobohan Data e-Penyata Gaji - MenKOMM

Melalui laporan itu juga, ia menunjukkan semua organisasi OT yang dikaji mengalami sekurang-kurangnya satu pencerobohan dalam tempoh 12 bulan lepas, dengan tiga kategori pencerobohan tertinggi seperti e-mel pancingan data, perisian hasad dan pencerobohan orang dalam.

Sebanyak 92% daripada organisasi OT di Malaysia mengambil masa beberapa jam untuk kembali beroperasi, manakala sebahagiannya lagi mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk pulih.

Berikutan itu, terdapat keperluan mendesak kepada organisasi tempatan untuk menilai semula strategi keselamatan siber dan mengguna pakai amalan terbaik industri.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY