Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lapisan Ais Greenland Hilang Lebih Cepat Dari Ramalan, Paras Air Laut Dunia Dijangka Meningkat Hampir 30cm – Kajian

Posted on Ogos 31, 2022Ogos 31, 2022

Seorang ahli glasiologi (saintis pengkaji ais dan glasier) bernama Profesor Alan Hubbard dari Universiti Tromsø melaporkan, lapisan ais di Greenland didapati semakin menghilang lebih cepat daripada apa yang diramalkan mereka.

Malah buat pertama kalinya beliau mendapati, lapisan ais Greenland ketika ini sudah tidak seimbang dengan iklim Artik yang lazim sehingga ia tidak lagi dapat mengekalkan saiz semasanya.

Beliau juga menyatakan, walaupun semua pelepasan gas rumah hijau yang memacu kepada isu pemanasan global berhenti hari ini, kehilangan ais di Greenland di bawah suhu semasa akan meningkatkan paras laut global sekurang-kurangnya 10.8 inci (27.4 sentimeter).

Itu pun hanyalah berdasarkan ramalan kasar mereka.

{suggest}

Keadaan itu dijangka boleh menjadi lebih teruk sehingga 3 kali ganda peningkatan aras air laut sekiranya Greenland setiap tahun dilanda gelombang haba sepertimana yang pernah dialaminya dalam tahun 2012 dahulu.

Berdasarkan hasil kajian beliau dan para saintis lain di sana, Greenland akan kehilangan sekurang-kurangnya 3.3% daripada aisnya iaitu lebih daripada 100 trilion tan metrik ais.

Kehilangan ais di Greenland telah pun menyumbangkan kira-kira 0.04 inci (1 milimeter) setahun kepada kenaikan paras laut global sejak sedekad yang lalu.

Lapisan ais Greenland adalah sangat tebal iaitu kira-kira lebih daripada 3 kilometer tebal di mana secara keseluruhannya ia menyimpan kandungan air segar yang boleh meningkatkan paras air laut sehingga 7.4 meter.

The Greenland ice sheet – by David Attenborough from alvin hubbcap on Vimeo.

Sumber:theconversation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress