Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16 captcha

iOS 16 Ada Beberapa Kemas Kini Baru Tapi Kekal Dengan Rekaan Sama

Diterbitkan April 11, 2022 oleh Nadiah Ab

Berdasarkan ramalan terbaru oleh Mark Gurman dari Bloomberg, dia membawakan lebih banyak “major upgrades” (peningkatan utama) berkaitan iOS 16 dan watchOS 9.

Gurman turut melaporkan tentang sistem pengendalian yang akan datang selepas Apple mengumumkan acara WWDC 2022 yang dijadualkan akan berlangsung pada 6 Jun.

Bermula dengan iOS 16, Gurman berkata mungkin akan ada beberapa peningkatan yang agak ketara di seluruh sistem, termasuk kemas kini kepada notifikasi dan ciri penjejakan kesihatan terbaru.

Mengenai reka bentuk pula, Gurman tidak merasakan Apple akan membawa “reka bentuk semula penuh” pada antara muka iOS, walaupun ia tidak banyak berubah sejak iOS 7.

Apa yang menarik ialah tentang kebarangkalian antara muka multitasking (multitugas) pada iPadOS baharu.

Seperti pada iPadOS 15, Apple memudahkan pengguna untuk memanfaatkan keupayaan multitugas, tetapi tidak seperti yang diharapkan oleh pengguna iPad Pro.

Justeru itu, mungkin iPadOS 16 akhirnya boleh menambah baik pengalaman multitasking itu.

Selain daripada iOS 16 dan iPadOS 16, Gurman berkata watchOS 9 mungkin akan menerima penambahbaikan besar kepada penjejakan aktiviti dan kesihatan.

Tiada maklumat terperinci diberikan berkenaan macOS 13.

Walau bagaimanapun, Mark Gurman berkata Apple sedang membangunkan beberapa Mac dengan kemas kini dan reka bentuk baru, termasuk MacBook Air, MacBook Pro 13-inci, iMac 24-inci, dan Mac mini.

Sumber: MacRumors

Baca juga:

  • Apple WWDC 2022 Sah Akan Dilangsungkan 6 Jun, iOS 16 Dijangka Diumum
  • Apple Jawab Isu Bateri Cepat Habis Selepas Kemas Kini iOS 15.4
  • Cara ‘Unlock’ iPhone Dengan ‘Face Mask’ Tanpa Apple Watch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY