Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 5 Pro

Ini 10 Telefon Android Terbaik Setakat April 2022 Menurut AnTuTu

Diterbitkan Mei 10, 2022 oleh Firdaus

Antutu telah mengeluarkan senarai peranti terbaik mereka setakat bulan April ini dan Black Shark 5 Pro berada ditempat pertama. Antutu merupakan perisian penanda aras yang digunakan untuk menguji dan mengukur prestasi sesebuah telefon pintar.

Black Shark 5 Pro baharu saja dilancarkan pada bulan April lepas dalam siri Black Shark 5. Black Shark 5 Pro mempunyai spesifikasi yang berdaya saing dengan chipset Snapdragon 8 Gen 1, Paparan OLED, Pengecasan pantas 120W dan bateri Li-Po bersaiz 4650mAh.

Black Shark 5 Pro Antutu
Kapsyen: Senarai Prestasi Telefon Pintar Antutu

3 tempat teratas diduduki oleh Black Shark 5 Pro, Red Magic 7 Pro dan Lenovo Legion Y90. Setiap peranti 3 teratas itu menggunakan cip terpantas pada ketika ini Snapdragon 8 Gen 1 walaupun ada beberapa pihak yang menghadapi masalah kepanasan dengan chipset ini.

Hanya vivo X80 sahaja yang menggunakan chipset Dimensity 9000 daripada MediaTek. Dimensity 9000 merupakan cip kelas andalan terpantas daripada MediaTek untuk bersaing dengan Snapdragon 8 Gen 1 daripada Qualcomm.

Apa-apa pun, berikut senarai penuh:

  1. Black Shark 5 Pro
  2. Red Magic 7 Pro
  3. Lenovo Legion Y90
  4. vivo X80
  5. iQOO 9
  6. iQOO 9 Pro
  7. vivo X Note
  8. iQOO Neo6
  9. Xiaomi 12 Pro
  10. realme GT 2 Pro

Sumber: xiaomiui

Baca juga:

  • SenQ Jawab Isu Lelaki Mengamuk Dakwa Dapat Telefon HONOR ‘Second Hand’
  • Apple, Google Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Buang Ciri Kata Laluan
  • Dulu No.1 Asia, Kini Malaysia Bukan Lagi 20 Teratas Dalam Pornografi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY