Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lambretta Elettra, Skuter Elektrik Futuristik Bakal Jadi Kenyataan

Posted on November 13, 2023November 13, 2023

Lambretta mengambil kesempatan daripada edisi EICMA tahun ini untuk memperkenalkan skuter elektrik terbaru mereka untukĀ  mobiliti bandar iaitu Elettra.

Dari sudut pandangan estetik, Lambretta Elettra masih mengekalkan gaya retro tetapi mengubah sedikit reka bentuk dari legasi terdahulu dengan mendedahkan garisan yang tajam dan menonjol pada bahagian hadapan.

Sekaligus ia kelihatan lebih moden dan futuristik. Sementara di sebalik bentuk belakang yang lebih halus dan lembut, ia dilengkapi dengan unit lampu LED menonjol.

Skuter ini dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 11 kW atau bersamaan dengan 15 hp yang membolehkannya mencapai kelajuan maksimum lebih kurang 110 km/j.

Masa pengecasan bateri (lithium, 4.6 kWj) pula mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit dengan sistem rumah 220V. Tetapi dengan kemudahan stesen pengecas pantas di tempat awam, ia dikurangkan kepada kira-kira 35 minit (sehingga 80%).

Ketinggian tempat duduknya ialah 780 mm dan seberat 135 kg. Bahagian belakangnya boleh dibuka secara automatik dengan adanya sistem hidraulik kawalan jauh.

Dari konsep kepada realti, Lambretta Elettra baru ini akan mula memasuki produksi dan dikeluarkan tidak lama lagi.

{suggest}

Sumber: EICMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress