Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ultraviolette F99, ‘Superbike’ Dan Motosikal Elektrik Berprestasi Pertama Buatan India

Ultraviolette F99, ‘Superbike’ Dan Motosikal Elektrik Berprestasi Pertama Buatan India

Diterbitkan November 13, 2023 ยท Dikemas kini November 13, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar motosikal elektrik dari India, Ultraviolette Automotive mengambil peluang di di Pameran Motosikal dan Aksesori Antarabangsa 2023 (EICMA) dengan menayangkan motosikal elektrik berprestasi terbaru keluaran mereka, F99.

Ultraviolette F99, ‘Superbike’ Dan Motosikal Elektrik Berprestasi Pertama Buatan India
Kerangka diperbuat daripada gentain karbon, F99 hanya seberat 178 kg,

F99 menghamburkan kuasa maksimum 120 hp dan mampu mencapai kelajuan maksimum 265 km/j serta mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3 saat sahaja.

Tidak banyak info tentang F99 ini didedahkan buat masa ini tetapi ia dijadualkan tiba di pasaran menjelang 2025.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=668492228723480&set=a.513296540909717

Ketika ini, Ultraviolette Automotive sudah pun bersedia untuk membuka tempahan ke atas satu lagi model motosikal elektrik keluaran mereka iaitu F77.

F77 mampu menjana kuasa sehingga 40hp dan tork setinggi 100 Nm serta mampu bergerak sejauh 307 km.

Ultraviolette F99, ‘Superbike’ Dan Motosikal Elektrik Berprestasi Pertama Buatan India
Varian F77 Shadow. Motosikal elektrik ini boleh dihubungkan bersama aplikasi menerusi sambungan Bluetooth untuk telefon pintar Android dan iOS

Hadir dalam 3 varian iaitu Shadow, Laser dan Astrike, F77 boleh ditempah pada harga INR380,000 (~RM21,470) mulai 15 November di laman web rasmi Ultraviolette. Manakala pengedaran motosikal ini pula akan bermula pada suku kedua tahun 2024 nanti.

Berkaitan

  • PNY Ponie, Motosikal Elektrik Untuk Bawa Kargo Pertama Di Dunia
  • Lacama, Motosikal Elektrik Berprestasi Dengan Kuasa Kuda Setinggi 150Hp
  • Cip iPhone 15 Pro Lebih Jimat Tenaga Berbanding Snapdragon 8 Gen 3 - YouTuber

Sumber: EICMA, Ultraviolette Automotive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY