Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ITALIAN VOLT – LACAMA (1)

Lacama, Motosikal Elektrik Berprestasi Dengan Kuasa Kuda Setinggi 150Hp

Diterbitkan November 10, 2023 · Dikemas kini November 10, 2023 oleh ariff bukhari

Italian Volt hadir di Pameran Motosikal dan Aksesori Antarabangsa 2023 (EICMA) dengan mempamerkan Lacama, motosikal super elektrik berprestasi tinggi baharu dengan reka bentuk modular.

Lacama ditawar dalam 2 varian, Hyperlight dan Hypersport di mana kedua-duanya boleh dikonfigurasikan daripada 1 tempat duduk kepada 2 tempat duduk dengan mudah.

ITALIAN VOLT – LACAMA (22)
Kerangka unik motosikal ini diperbuat daripada tuangan aluminium tunggal.
ITALIAN VOLT – LACAMA (23)
Lacama tersedia dengan gear undur elektrik.

Untuk versi Lacama Hypersport, ia mampu mengeluarkan kuasa setinggi 150 hp dan nilai tork maksimum 230 Nm dan mampu memecut selaju 230km/j dan memberi jarak sejauh melebihi 250 kilometer dalam kitaran bandar.

Manakala varian Hyperlight pula dengan prestasi yang kurang ekstrem hanya seberat 197 kg mampu mencapai 82 hp dan tork 170 Nm serta mencapai kelajuan maksimum 170km/j.

ITALIAN VOLT – LACAMA (2)
Empat Mod Menunggang tersedia: Basah, Eco, Sport, Roket, bersama-sama dengan empat tahap pemulihan tenaga. Kelajuan pengecasan juga sentiasa kelihatan pada skrin TFT 5″ berwarna.

Versi Lacama Hyperlight dijual pada harga €29800 (~RM150,000) manakala versi Hypersport pula berharga €31,800 (~RM160,000).

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Ramai Buat Silap Ni Bila Ambil Gambar Malam, Ni Cara Yang Betul
  • PNY Ponie, Motosikal Elektrik Untuk Bawa Kargo Pertama Di Dunia

Sumber: Italian Volt

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY