Final Fantasy 7 Remake Dari PS Plus Bakal Menerima Kemaskini PS5 Secara Percuma

Saya pasti ramai peminat Final Fantasy mempunyai ruang khas di hati untuk Final Fantasy 7. Pada 10 April 2020, Final Fantasy 7  Remake dilancarkan secara global dan secara tidak langsung menjadi antara permainan video yang membuat comeback terhebat.

Pada bulan Mac lalu, Final Fantasy 7 Remake adalah antara permainan video bulanan percuma untuk langganan PS Plus. Namun, versi percuma itu adalah untuk versi konsol PS4. Jika anda telah menuntut permainan video itu, anda boleh menaik taraf kepada versi PS5 secara percuma bermula Rabu ini, menurut sebuah tweet daripada Square Enix.

https://twitter.com/finalfantasyvii/status/1472688441389314048

Melalui versi PS5 ini, anda boleh memuat turun permainan ini yang menawarkan visual yang lebih cantik, Graphics Mode untuk resolusi 4k, Performance Mode untuk kadar segar semula 60fps, masa memuat yang lebih pantas, dan maklum balas haptik pada Dualsense controller.



Anda juga boleh mendapatkan DLC Episode Intermission dengan diskaun 25%. Kandungan itu mengisahkan tentang watak Yuffie Kisaragi, seorang watak Final Fantasy 7 yang tidak diperkenalkan di dalam Final Fantasy 7 Remake.

Sumber: Twitter

Baca lagi:

 

Berkaitan