Lepas Ini Mungkin Dah Boleh Main 'Game' PlayStation Di Telefon

Nak main game PlayStation dalam telefon sahaja? Boleh ke? Eh kenapa pula tak boleh? Teknologi sekarang makin maju, hampir semua kegiatan sekarang menggunakan telefon.

Menurut  The Verge, Sony mempunyai hasrat untuk membawa Playstation Now ke platform telefon. Kepada anda yang masih belum tahu, Playstation Now telah dilancarkan beberapa tahun lepas, tetapi hanya untuk platform konsol dan PC.



Jika dibandingkan Playstation dan Xbox, Xbox lebih kehadapan dengan konsep ini dengan Xbox Game Pass. Namun, dengan rancangan PlayStation untuk melancarkan PlayStation Now, kini para gamers boleh bersedia untuk bermain permainan PlayStation di mana sahaja anda berada.

Kapsyen: Kredit: The Verge


Walau bagaimanapun, pelan harga masih belum diberitahu kerana anda perlu ingat, Sony berhasrat sahaja. Belum ada kepastian untuk perkara ini berlaku dalam masa terdekat.

Namun, tidak mustahil perkara tersebut terjadi kerana sebelum ini juga Sony sudah merancang untuk membawa masuk permainan video eksklusif mereka buat telefon pintar.

Sumber: Verge

Baca lagi:

 

Berkaitan