Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lagi Ramai Beli Galaxy Z Flip3 Dan Fold3 Berbanding Note 20 Dan S21

Posted on Januari 3, 2022Januari 3, 2022

Tahun ini sahaja Samsung telah menjual telefon lipat sebanyak 4 kali ganda berbanding tahun lepas.

Telefon lipat itu, Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3 dikatakan lebih ramai yang membelinya berbanding Galaxy Note 20 dan Galaxy S21.

Apa yang menarik adalah Galaxy Z Flip3 terutamanya telah menjadi punca kenapa pengguna dari jenama lain mahu memiliki sebuah telefon Samsung.

Dikatakan Galaxy Z Flip3 berjaya menyakinkan lebih dari 150% pelanggan berbanding Galaxy Note 20 untuk bertukar jenama Samsung.

Manakala jika dibandingkan dengan Galaxy S21, Galaxy Z Flip3 berjaya bawa lebih 140% jumlah pelanggan.

Ini bermakna ada permintaan yang agak tinggi untuk pengguna dalam kategori telefon lipat.

Diiringi persediaan yang mencukupi oleh Samsung dengan teknologi terkini seperti ciri kalis air dan produk lipat lebih matang, ia seumpama tiba tepat pada masanya untuk mereka menyuap permintaan pengguna yang dahagakan produk baharu.

Sumber: Samsung, Sammobile (2)

Baca juga:

  • Samsung Galaxy Flip 3, Buat Kami Terkenang Phone Lipat Dulu-Dulu
  • Ini Adalah Teleskop Paling Berkuasa Abad Ini, Bakal Beroperasi 1.5km Juta Dari Bumi
  • 5 Fakta Pelik Tentang PlayStation 2

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress