5 Fakta Pelik Tentang PlayStation 2

PlayStation 2 (PS2) dikenali sebagai konsol nostalgia yang banyak mewarnai kehidupan memori kita dulu-dulu.

Diperkenalkan di Jepun pada Mac 2000, ia menjadi fenomena sedunia mengekalkan legasi PlayStation 1 sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, artikel ini kami akan menyenaraikan 5 fakta pelik mengenai konsol PlayStation 2.

1. Logo PlayStation 2 Yang Boleh Berpusing


Sebelum zaman PS2, konsol tidak boleh didirikan, hanya boleh dibaringkan secara sahaja. PS2 buat pertama kalinya hadir dengan sokongan boleh didirikan yang mana merupakan satu ciri yang agak unik ketika itu.



Apabila PS2 boleh didirikan, ia lebih menjimatkan banyak ruang dan dari segi lain adakalanya lebih sesuai sebagai ciri aestatik kabinet.

Disebabkan itu, Sony menyertakan ciri logo PS2 boleh berpusing untuk menyesuaikan posisi sama ada ia baring atau berdiri.

https://twitter.com/PlayStation/status/1235351568108515328?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1235351568108515328%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fgamerant.com%2Fps2-playstation-facts-secrets-2020%2F

Pada mulanya ramai yang menyangka ia adalah logo PS2 yang rosak, namun tidak sebenarnya. Sebaliknya adalah satu ciri yang agak praktikal.

2. Jualan PS2 Yang Agak Lama


Setiap generasi konsol akan ada penggantinya. Namun kebiasaannya syarikat masih lagi menyokong konsol yang lama walaupun konsol baharu sudah diperkenalkan- seperti contoh PS5 dan Ps4 sekarang.



Untuk PS2, secara rasminya jualannya dihentikan pada 4 Januari 2013. Ketika ini, ia hanya satu bulan lagi sebelum PS4 diperkenalkan menunjukkan sokongan yang agak lama.

Game terakhir untuk PS2 adalah FIFA 13 (Amerika Utara), Final Fantasy: Seekers of Adoulin (Jepun), dan Pro Evolution Soccer 14 (Eropah).

3. Skrin Loading PS2


Ingat lagi skrin loading PS2 sebelum masuk ke dalam game? Tahukah anda sebenarnya skrin loading PS2 ini boleh jadi berbeza-beza untuk setiap orang.



Ini adalah kerana ia menunjukkan berapa banyak game yang anda ada dalam PS2 dan memori kad, juga berapa lama anda mainkan game itu.

Senang cerita, jika yang masih pelik kenapa skrin loading beliau berbeza dengan orang lain, jawapannya terletak pada senarai game yang beliau ada.

4. PS2 Pernah Ada Netflix


Netflix sebelum ini diasaskan pada tahun 1997. Walaupun begitu, pada awal 2000, perkhidmatan penstriman itu masih belum popular seperti sekarang.



Satu fakta menarik mengenai Netflix dan PS2 adalah, PS2 pernah ada CD khas Netflix untuk menggunakan servis mereka.

Namun, hanya satu negara sahaja yang ada menggunakan cara itu iaitu Brazil. Mungkin itu sebab mengapa PS2 di Brazil mempunyai jumlah jualan yang sangat tinggi.

Pengguna di Brazil boleh menggunakan Netflix melalui CD sehinggalah pada tahun 2012 iaitu tahun pengakhiran PS2.

5. Encik PlayStation 2


Punyalah sayang dengan konsol PS2nya, Dan Holmes telah menukar nama betulnya kepada PlayStation 2.

Perkara ini terjadi pada tahun 2002, 2 tahun setelah pengenalan konsol tersebut.

Namun begitu, populariti beliau hanya sekejap sahaja. Sekarang ini masih tidak diketahui apakah yang berlaku pada beliau dan adakah beliau sudah menukar namanya kepada PlayStation 5 pula. Boleh jadi juga, bukan?

Sumber: Gamerant

{suggest}

Berkaitan