Generasi terbaru Google Pixel iaitu Pixel 6 hadir dengan legasi besar bersama kualiti fotografi yang mengghairahkan peminat. Pun begitu, banyak pengguna dari seluruh pengguna melaporkan pelbagai isu.
Antara isu terbaru, pengguna di Reddit melaporkan peranti mereka membuat panggilan suara kenalan mereka secara rambang dengan tiba-tiba. Hal ini terjadi disebabkan masalah pada Google Assistant yang terlalu ‘sensitif’ sehingga berlaku salah tafsir suara.
Sesetengah pengguna mengatakan ini terjadi ketika mereka sedang berbual dalam bahasa yang tidak disokong Google Assistant. Namun, yang lebih membimbangkan ada juga yang mengatakan perkara ini terjadi semasa tiada sebarang bunyi atau suara seperti pada tengah malam ketika mereka sedang tidur.
Dalam pada itu, sebahagian pengguna yang menyemak rakaman dalam sejarah Google Activity mereka mendapati suara yang mencetuskan Google Assistant untuk menelefon orang sama sekali tidak berbunyi seperti arahan. Bahkan, tiada arahan “Hey Google” dikesan.
Ada antara isu ini dapat diselesaikan untuk sementara waktu dengan menghidupkan semula (reboot) telefon dan percaya ia disebabkan cache. Selain itu, mematikan fungsi “Assistant responses on lock screen” juga dapat menghilangkan isu ini buat masa ini.
Perkara yang sama pernah terjadi pada siri Pixel sebelum ini dan ia melibatkan isu pada perisian dan diharapkan Google dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Sumber: GSMArena
Baca juga:
- Google Tak Boleh Selesaikan Isu Skrin Pixel 6 Bulan Ini
- Kelajuan Mengecas Pixel 6 Tidak Cukup Pantas
- DxOMark: Pixel 6 Pro Tewas Dengan Mate 40 Pro dan iPhone 13 Pro