Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel charger

Kelajuan Mengecas Pixel 6 Tidak Cukup Pantas

Diterbitkan November 8, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sejak dilancarkan, siri Pixel 6 terpalit dengan pelbagai laporan yang tidak enak didengari. Baik mengenai skrin mahupun perisian dalaman.

Untuk pengecasan, Google tidak mengiklankan 30W secara langsung pada Pixel 6 namun Google menyatakan siri ini menyokong pengecasan sehingga 50% dalam 30 minit dengan USB-PD 3.0 (Google 30W USB-C).

Selepas menguji pengecas 30W pada Pixel 6, Android Authority mendapati Pixel 6 hanya mencapai kadar maksimum setinggi 22W sahaja.

Kelajuannya menurun pada 12W selepas bateri mencapai 75% dan kemudian 2.5W apabila hampir penuh dan ia mengambil sejam untuk memenuhi 15% terakhir tersebut. Walaupun ia lazim untuk peranti terkini mengehadkan kelajuan pada 10% terakhir namun kelajuan 2.5W terlalu perlahan.

Keseluruhannya, ia mengambil 1 jam 51 minit untuk mengecas penuh Pixel 6 Pro dengan Adaptive Charging dan Adaptive Battery dimatikan. Google berkata benar mengenai 50% dalam 30 minit namun ia hanya terpakai pada 50% pertama sahaja kerana mereka mendapati 50% selebihnya mengambil masa lebih lama.

Mereka juga membandingkan pengecas 30W dengan unit pengecas Google 18W Power Delivery yang disertakan pada unit Pixel sebelum ini namun perbezaannya terlalu sedikit. Unit pengecas Google 18W mengambil 2 jam 1 minit untuk mengecas penuh Pixel 6 Pro, hanya 10 minit perlahan berbanding pengecas 30W.

Masih ada belum maklum balas daripada Google berkenaan hal ini, sama-sama kita nantikan apa tindakan Google seterusnya.

Sumber: Android Authority

Foto utama: 9to5google

Baca juga:

  • Google Tak Boleh Selesaikan Isu Skrin Pixel 6 Bulan Ini
  • DxOMark: Pixel 6 Pro Tewas Dengan Mate 40 Pro dan iPhone 13 Pro
  • Apple Kena Kurangkan Penghasilan iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY