Siri Google Pixel 6 antara peranti yang dinanti-nanti peminat teknologi di seluruh dunia sepanjang tahun 2021. Terkenal dengan hasil gambar yang mengagumkan serta hadir dengan rekaan kamera baru, antara muka Material You turut menjadi tumpuan generasi kali ini.
Walaupun begitu, ramai pengguna seperti di platform Reddit melaporkan beberapa masalah menggunakan peranti generasi terbaru ini termasuk isu skrin. Google dalam kenyataannya mengesahkan isu skrin berkelip dan ‘residual light’ atau sisa cahaya pada Pixel 6 Pro apabila pengguna menekan butang kuasa untuk menghidupkan skrin atau ketika skrin telah dimatikan.
Google menekankan bahawa masalah ini bukan disebabkan perkakasan sebaliknya berpunca daripada perisian dalaman dan akan diselesaikan melalui kemas kini yang akan hadir pada Disember ini.
Ini bukan kali pertama peranti Pixel mengalami masalah skrin misalnya Pixel 2 XL beberapa tahun dulu turut mengalami isu ‘blue-shift’ pada skrin P-OLED buatan LG tersebut.
Sumber: TheVerge
Baca juga:
- Apple Mahu Tawar Ciri Mirip Pixel, Mengesan Kemalangan
-
Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple
-
151 Aplikasi Android Ini Perlu Dibuang Segera Kerana Berkait Dengan Scam SMS