Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple aluminium

Apple Guna Aluminium Bebas Karbon Hanya Pada Peranti Ini

Diterbitkan Mac 25, 2022 · Dikemas kini Mac 25, 2022 oleh Nadiah Ab

Menurut siaran berita dari Apple Inc semalam, mereka akan membeli batch pertama aluminium bebas karbon berskala perindustrian untuk digunakan dalam iPhone SE 2022.

Usaha ini untuk mengurangkan cap kaki karbon daripada logam yang banyak digunakannya dalam bingkai produk mereka.

apple aluminium
Penghasilan aluminium bebas karbon dari Elysis. Sumber: Apple

Usaha ini juga selaras dengan langkah mereka untuk mengurangkan penggunaan logam karbon yang mengeluarkan gas rumah hijau terus daripada proses peleburan yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Disebabkan itu juga, ramai pengguna, aktivis, dan pelabur menyuarakan ketidaksokongan mereka terhadap penggunaan logam karbon tersebut.

Apple pada awalnya telah mula membeli logam buatan makmal pada tahun 2019 daripada Elysis, sebuah usaha sama yang berpangkalan di Montreal antara dua pembekal aluminium terbesar di dunia – Alcoa Corp dan Rio Tinto.

Logam ini juga sebenarnya telah digunakan dalam MacBook Pro 16-incinya.

Apple Guna Aluminium Bebas Karbon Hanya Pada Peranti Ini
Sumber: Apple

Elysis pada asalnya merancang untuk mengkomersialkan teknologinya, yang menggunakan anod seramik untuk membuat aluminium yang hanya mengeluarkan oksigen, menjelang tahun 2024.

Ini adalah kali pertama aluminium mereka dihasilkan untuk peringkat komersial, tanpa pengeluaran gas rumah hijau pada skala perindustrian untuk iPhone SE 2022.

Sumber: Apple

Baca juga:

  • Apple Jawab Isu Bateri Cepat Habis Selepas Kemas Kini iOS 15.4
  • Sisi Gelap Syarikat Apple, Sekurang-Kurangnya 13 Pekerja Bunuh Diri
  • Apple Rugi Sehingga ~RM42 Juta Selepas Ditipu Bekas Pekerja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY