Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kulim Jadi Kilang Pertama Porsche Luar Eropah, Cayenne Dipasang 100% Anak Tempatan

Kulim Jadi Kilang Pertama Porsche Luar Eropah, Cayenne Dipasang 100% Anak Tempatan

Diterbitkan Mac 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Porsche dan Sime Darby semalam telah melancarkan fasiliti pemasangan kenderaan Porsche di Kulim, Kedah. Ia merupakan kilang pemasangan pertama di luar Eropah bagi Porsche.

Para pekerja yang  dilatih Porsche ini kesemuanya merupakan warganegara dan kilang ini disokong rangkaian pembekal dari sekitarnya juga.

Buat masa ini, model yang 100% dipasang anak tempatan ini ialah Porsche Cayenne sahaja. Ia merupakan model kegemaran peminat Porsche di Malaysia, menurut wakil Porsche.

Dikatakan ia mengambil masa sehingga dua hari untuk pemasangan penuh sebuah kereta model Cayenne tersebut.

Bagaimanapun, kereta-kereta dengan stereng di sebelah kanan yang dipasang di Kulim ini hanya untuk pasaran tempatan.

Februari lalu, Inokom Copr Sdn. Bhd., subsidiari Sime Darby Motors telah dilaporkan The Edge dipilih untuk menjadi kilang pemasangan jenama automotif ini.

Selain itu, Porsche Malaysia juga dikatakan akan memperluas sayapnya dengan fasiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta pengedar rasmi ke-4 di Johor Bahru yang dijangka dibuka tahun ini juga.

Sumber: Sime Darby, The Edge Markets

Gambar utama: Facebook

Baca juga:

  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Peranti ‘Bajet’ Tapi Tak Laku, Apple Kurangkan Pengeluaran iPhone SE

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY