Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured image

KOSPET Lancar Jam Tangan Pintar TANK T4, TANK M4 – Harga RM699

Diterbitkan Oktober 24, 2025 · Dikemas kini Oktober 24, 2025 oleh ainabatrisyia

KOSPET kini memperkenalkan dua model terbaru yang tercanggih setakat ini. TANK T4 dan TANK M4 datang dalam reka bentuk yang memenuhi piawaian ketenteraan MIL-STD-810H dan rintangan air 10ATM/IP69K.

Kedua-dua model ini juga hadir dengan bateri kobalt tulen berkapasiti 500mAh, dengan platform dwi-teras ATS3089. Kesannya, hayat bateri mampu bertahan sehingga 15 hari dengan sekali cas, dan 22 jam dalam mod GPS berterusan.

Jam pintar ini menampilkan paparan AMOLED yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass dengan kecerahan sehingga 1000 nits serta fungsi sentuhan basah yang lancar.

GNSS dwi-jalur dengan enam sistem satelit global dan navigasi peta luar talian dengan import laluan GPX/KML, membolehkan ia memberi lokasi yang tepat walaupun tanpa isyarat. Algoritma OPDR proprietari pula meningkatkan kestabilan GPS di kawasan isyarat lemah.

Dilengkapi mod penjejakan selaman khusus termasuk metrik untuk kedalaman, masa tanpa penyahmampatan (NDL), suhu dan kelajuan pendakian atau penurunan serta menyokong sehingga 45 meter selaman bebas, skuba atau tolok.

23 mod sukan pro ApexMotion dan lebih 160 mod latihan gaya bebas serta pelan senaman peribadi juga boleh diakses melalui aplikasi Apexmove. Peranti ini mampu mengesan enam jenis aktiviti secara automatik dengan bimbingan masa nyata serta ringkasan senaman.

Tidak lupa juga, pemantauan kesihatan komprehensif, dikuasakan oleh sensor biometrik VC9213 4PD. Menjadikannya mampu menjejaki kadar denyutan jantung, mood, tekanan, dan banyak lagi.

Panggilan Bluetooth, pemberitahuan aplikasi dan taklimat pagi turut disertakan bagi melengkapkan fungsi gaya hidup.

TANK T4 dan TANK M4 ini dijual pada harga RM699, dengan pakej awal dan hadiah istimewa yang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi KOSPET serta kedai dalam talian. Kedua-dua model ini boleh didapatkan di Shopee.

Berkaitan

  • KOSPET Lancar Jam Tangan Pintar Ultra Lasak M3 Ultra Dan T3 Di Malaysia
  • KOSPET Magic R10 Dan P10 Dilancar, Jam Tangan Pintar Terbaru Berharga RM699
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY