Komputer Riba Infinix Masuk Malaysia Minggu Ini

Infinix kini telah melancarkan siri komputer riba iaitu Infinix INBook X1. Siri komputer riba ini didatangi dengan skrin berukuran 14 inci dengan paparan IPS FHD beserta bezel ultra nipis untuk memaksimumkan ruang skrin.

Komputer ini dilengkapi dengan engsel 180 darjah dengan berat kurang daripada 1.48 kg dan setebal 16.3 mm dan mempunyai rekaan anodize sandblasted.



Ciri-ciri lain yang terdapat pada Infinix INBook X1 ini  juga termasuk dengan teknologi pengecasan pantas 65W dengan ketahanan bateri selama 13 jam, WiFi 6, sokongan Bluetooth 5.1 serta pembukaan ultra-pantas  menggunakan Cap Jari.



Infinix INBook X1 ini didatangkan dengan 3 versi iaitu:

  • INBook X1 Pro dengan Intel Core i7-1065G7 (512GB + 16GB) - RM3,099

  • INBook X1  dengan Intel Core i5-1005G1 (512GB + 8GB) - RM2,499

  • INBook X1 dengan Intel Core i3-1035G1 (256GB + 8GB) - RM1,999


Siri komputer riba ini tersedia dengan 4 pilihan warna iaitu Noble Red, Elves Green, Starfall Grey dan Elegant Black.

Bagaimanapun, barisan komputer riba ini akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Oktober. Namun, anda sudah boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini.

Sumber: Siaran Akhbar Infinix

Baca juga: