AMD Mendocino adalah cip yang menggunakan teknologi 6nm dari TSMC dan berasaskan seni bina Zen2 yang baharu, Tambahan lagi, ia menggunakan teknologi seni bina grafik RDNA 2 daripada AMD.

RDNA 2 adalah teknologi sama yang digunakan dalam pemprosesan grafik pada PlayStation 5 dan Xbox Series X. Oleh itu, kita boleh jangkakan AMD Mendocino ini berkuasa dan berpotensi.
Selain itu, AMD Mendocino terdiri daripada 4 teras dan lapan bebenang, jadi ia jelas bahawa cip ini bukan dibina untuk sistem yang berprestasi tinggi.
Walau bagaimanapun, cip ini direka untuk memberi prestasi kuasa yang lebih efisien dalam penggunaannya. AMD melaporkan komputer riba ini mampu mendapat sekitar 10 jam hayat bateri dalam pelbagai mod penggunaan.
Biarpun prestasinya mungkin tidak sama dengan hayat bateri pada MacBook yang menggunakan cip M1, tetapi ia adalah satu angka yang mengagumkan untuk komputer riba yang sudah berada di pasaran.
Komputer riba ini akan dijual pada tanda harga USD399 (sekitar RM1,750) hingga USD699 (sekitar RM3,070) berdasarkan anggaran daripada AMD.
Sumber: The Verge
Baca juga:
Berkaitan
- Siri AMD Ryzen 7000 Zen 4 Rasmi, Ini Senarai Cip Dan Harga
- Kesan Pasaran PC Lemah, Pendapatan Suku Ketiga 2022 AMD Turun Lebih ~RM5 Bilion
- AMD Dikatakan Dah Rancang Untuk Hasilkan Cip 2nm dan 3nm
- AMD Umum GPU Siri Radeon RX 7000 Berasaskan RDNA 3
- Siri AMD Ryzen 7000 Dikhabarkan Mempunyai Kelajuan CPU Maksimum 5.85GHz
- AMD Dakwa Cip Baharu Mereka 30% Lebih Pantas Dari Apple M1 Pro
- AMD Dapat Durian Runtuh - Jana Hampir RM30B Pada Suku Kedua 2022
- Mungkin Ini Harga Jualan 4 CPU Siri AMD Ryzen 7000
- Intel Arc A370M, Mampu Bersaing Dengan GPU Nvidia Dan AMD
- Siri AMD Ryzen 7000 Dijual Pada Tanda Harga Bermula RM1399 Di Malaysia