Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
klia langkawi

KLIA Implimentasi Teknologi Pengecaman Wajah, Langkawi Antara Terawal

Diterbitkan April 11, 2022 · Dikemas kini April 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Teknologi pengecaman wajah kini tidak terhad hanya pada telefon pintar. Januari tahun lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan akan menggunakan teknologi ini bermula pertengahan tahun lalu.

Terbaru, Malaysia Airports di halaman Facebook mereka telah berkongsi video di mana para penumpang dikehendaki mengimbas wajah mereka sebelum menaiki pesawat.

Dengan hanya berdiri di hadapan kiosk atau pengimbas selama beberapa saat, pintunya akan terbuka apabila identiti penumpang disahkan.

Bagaiamanapun, buat masa ini, hanya penerbangan terpilih yang diimplimentasikan fungsi ini.

May be an image of one or more people and text that says "A SEAMLESS AIRPORT EXPERIENCE AT KLIA WITH FACIAL RECOGNITION EASY! FAST! Available for flight: Langkawi ΜΗ 1438 Flight dates: 6 Apr 6Apr-12 -12 Apr 2022 SEAMLESS! Scan Code information LARRS IRPORTS Hosting HostingJoyfulConnectio Joyful Connections"

Antara penerbangan yang menggunakan pengecaman biometrik ini ialah MH1438 dari KLIA ke Langkawi dari 6-12 April ini. Malaysia Airports juga berkata ini adalah pelaksanaan fasa pertama dan ia akan diperluaskan kelak.

Untuk makluman, Malaysia ialah negara pertama yang melaksanakan pasport biometrik pada Mac 1998 dahulu. Ia dibangunkan oleh syarikat tempatan, IRIS Corporation.

Baca juga:

  • ePemula: Sah, Anda Tidak Boleh ‘Top-Up’ ShopeePay Di 7-Eleven Atau Beli Barang Shopee
  • Bazar Ramadan Guna Teknologi Canggih Kawal Kepadatan Pengunjung
  • Ini 5 Aplikasi Terbaik Untuk Anda Sepanjang Bulan Ramadan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY