Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Majlis Perundingan Komunikasi

KKMM Tubuhkan Majlis Perundingan Komunikasi Dan Multimedia

Diterbitkan Jun 10, 2020 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menubuhkan Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM). Mesyuarat penubuhan MPKM ini telah dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah bertempat di Kompleks KKMM, Putrajaya.

Turut menganggotai MPKM adalah 15 ahli yang merangkumi pengurusan tertinggi KKMM, wakil-wakil dari masyarakat sivil, pakar sesuatu bidang, badan profesional dan sebagainya.

KKMM Tubuhkan Majlis Perundingan Komunikasi Dan Multimedia

MPKM ditubuhkan sebagai satu platform bagi kerajaan untuk membincang dan mendapatkan input dalam merencanakan pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia.

Selain pemegang taruh, pendekatan MPKM turut melibatkan penyertaan dari masyarakat di mana mereka mempunyai peranan langsung ke atas pembangunan negara.

Dalam pada itu, penubuhan MPKM juga adalah selari dengan visi dan matlamat KKMM untuk ke arah memacu kecendiakaan dalam masyarakat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY