Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKM Menafikan Infografik Palsu Tentang Pengambilan Dos Ke-4 Vaksin COVID-19

KKM Menafikan Infografik Palsu Tentang Pengambilan Dos Ke-4 Vaksin COVID-19

Diterbitkan Mac 12, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah respon terhadap penularan infografik yang bertajuk “Pengambilan Dos Ke-4 Demi Perlindungan Yang Berkesan seperti yang tular di media sosial.

KKM menyatakan bahawa infografik itu adalah palsu dengan menegaskan pihak mereka tidak pernah mengeluarkan infografik seperti itu.

KKM Menafikan Infografik Palsu Tentang Pengambilan Dos Ke-4 Vaksin COVID-19

Namun begitu, KKM memaklumkan penerima vaksin lengkap jenis Sinovac yang berumur 18 tahun dan ke atas serta warga emas yang berumur dari 60 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka sebelum 1 April 2022 sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini.

Berkaitan isu berita palsu berkaitan KKM yang lain pula, KKM memaklumkan pihak mereka mengesan kewujudan satu grup di Facebook yang menggunakan nama Kementerian Kesihatan Malaysia.

KKM Menafikan Infografik Palsu Tentang Pengambilan Dos Ke-4 Vaksin COVID-19

Ekoran itu, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sesawang rasmi KKM untuk info sahih dan terkini.

Sumber: KKM

Baca juga:

  • Kumpulan Tidak Divaksin Paling Berisiko Mati Akibat COVID-19 – KKM
  • Sijil Vaksin MySejahtera Berisiko Bertukar Menjadi Putih Jika Anda Penerima Sinovac Menolak Dos Penggalak
  • COVID-19: Ini Perbezaan Pesakit Gejala Kategori 2A Dan 2B

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY