Kit Ujian Untuk Mengukur Tahap Imunisasi COVID-19 Telah Dibangunkan

Sekumpulan penyelidik antarabangsa telah membangunkan satu kit ujian yang mampu menunjukkan status imunisasi anda kepada virus Covid-19. Para penyelidik tersebut telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam Nature Biotechnology.

Kit ujian tersebut berfungsi dengan mengukur sel T dalam sel darah putih yang bertindak balas bersama antibodi badan dalam melawan virus Covid-19.

Pada asalnya, kit ujian set T ini telah pun diluluskan CDC (Centers for Disease Control and Prevention) pada tahun lepas tetapi ia tidak dikomersialkan. Hal ini kerana ujian tersebut memakan masa dan tenaga yang banyak untuk dijalankan.

https://twitter.com/TIME/status/1538666187407728642

Justeru, penyelidik asal, Ernesto Guccione dan kumpulannya telah berjaya memudahkan proses kit ujian tersebut untuk memberi keputusan kurang dari 24 jam sahaja.

Setakat ini, kit ujian ini telah diluluskan dan digunakan di Eropah tetapi belum di Amerika Syarikat kerana masih berada dalam pengawasan FDA (Food and Drug Administration).

Di samping itu, Guccione ditanyakan soalan di bawah:
Kenapa kit ujian untuk sel T ini diperlukan apabila kit untuk antibodi sudah tersedia secara meluas?

Beliau menyatakan sesetengah individu tidak menghasilkan antibodi walaupun selepas menerima dos vaksin berkali-kali. Tetapi mereka mempunyai sel T sebagai mekanisme pertahanan diri.

Selain antibodi, sel T merupakan entiti penting dalam mekanisma pertahanan tubuh manusia. Tidak seperti paras antibody yang boleh turun dengan mendadak beberapa bulan selepas vaksinasi, imuniti selular (sel T) mampu bertahan lebih setahun.

Melalui pengawasan dan pengukuran tahap kedua-dua entiti pertahanan ini, ia mampu memberi gambaran yang lebih jelas dalam mengkaji strategi vaksinasi untuk melawan jangkitan.

Di samping itu, kit ujian ini dapat membantu mereka untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai sebarang pertahanan dalam badan untuk melawan virus Covid-19 ini.

Sumber: TimeĀ 

Foto utama: US FDA

Baca juga: