Didakwa Selalu 'Tweet' Pasal Dogecoin, Elon Musk Disaman Lebih USD200 Bilion

Pengasas dan pemilik Tesla Motors dan SpaceX, Elon Musk disaman sebanyak USD258 bilion (~RM1.1 Trilion) oleh pelabur matawang kripto Dogecoin. Tuntutan saman tersebut atas dakwaan beliau menjalankan skim piramid yang menyokong matawang kripto.

Pada asalnya di tahun 2019, Dogecoin tidak mempunyai sebarang nilai yang cukup besar. Walau bagaimanapun, Elon Musk telah mempromosikan kripto dengan kerap di Twitter beliau untuk mendapat untung daripada transaksinya.

Selain saman tersebut, plaintif (pendakwa raya) juga turut ingin menghalang Elon Musk dan mana-mana syarikat beliau daripada melakukan perdagangan kripto Dogecoin.

Tambahan lagi, nilai matawang kripto tersebut telah meningkat dengan mendadak sejak ciapan daripada Elon Musk pada April, 2021.

https://twitter.com/elonmusk/status/1382552587099062272?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1382552587099062272%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ladbible.com%2Fnews%2F53021-how-can-i-buy-elon-musks-dogecoin-and-why-did-the-price-surge-20210416

Di samping itu, Elon Musk terus menerus twit tentang kripto tersebut dan plaintif mendakwa itu adalah cara Elon Musk memanipulasi dan mendapat untung daripada Dogecoin.

Elon Musk mempunyai kekayaan melebihi USD200 bilion (~RM850 bilion) dan merupakan individu terkaya di dunia. Ramai berpendapat Elon Musk berpotensi menjadi "trillionaire" pertama dunia.

Sumber: Unilad

Foto utama: coinpage

Baca juga: