Kini Teknologi AI Boleh Membalas Pesanan Untuk Anda

Google dikatakan akan mengeluarkan aplikasi penuh, Google Reply untuk pengguna telefon pintar. Aplikasi yang masih di dalam peringkat beta itu telah wujud untuk pengguna Gmail dan aplikasi Allo boleh digunakan bagi membalas pesanan dengan ayat yang tersedia dengan lebih cepat.

Lebih menarik lagi, aplikasi ini menggunakan algoritma AI dari Google bagi memudahkan pengguna membalas pesanan mereka. Aplikasi ini tidak hanya boleh digunakan untuk aplikasi Google malah boleh digunakan di dalam aplikasi popular lain seperti WhatsApp, Facebook Messenger dan juga Skype.



Teknologi AI membolehkan pengguna yang menerima pesanan mengenai pukul berapa mereka akan berada di rumah, aplikasi akan mengira jarak dan durasi pengguna untuk sampai ke rumah dan memberikannya pilihan jawapan kepada pengguna untuk membalasnya.

Google mendakwa yang pelayan yang digunakan mereka adalah selamat dan akan segera memadam sebarang maklumat selepas memproses data yang diterima. Ini kerana untuk menggunakan fungsi A.I, kebenaran perlu diberikan bagi mengakses maklumat peribadi pengguna di dalam telefon pintar mereka.