Kini Anda Boleh Memuat Turun 2.8 Juta Gambar Beresolusi Tinggi Milik Muzium Smithsonian

Terdiri daripada imej dan model 3 dimensi.


Muzium Smithsonian, salah satu muzium terhebat di dunia yang menyimpan jutaan khazanah dan artifak penting dunia telah melepaskan sebanyak 2.8 juta imej beresolusi tinggi untuk tatapan umum.

Malah pengunjung yang ke laman Smithsonian Open Acces itu juga membolehkan anda memuat turun gambar-gambar bersejarah dalam resolusi yang tinggi.

Tidak setakat itu, setiap gambar yang dipaparkan juga turut disertakan bersama fakta sejarah yang lengkap.

It’s really important to share this kind of data. Otherwise it’s like having a library with all the doors closed.” artis arca, Amy Karle.

Kapsyen: Model mesin jahit yang dipatenkan oleh Isaac Singer pada 12 Ogos 1811 antara imej artifak berharga yang dikongsikan oleh Muzium Smithsonian kepada umum.


Artifak-artifak yang disimpan oleh Muzium Smithsonian dianggarkan terdapat lebih daripada 150 juta artifak.

Jadi 2.8 juta imej yang dilepaskan untuk peringkat awal ini hanya lebih kurang 2% sahaja daripada item yang terdapat dalam simpanan mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=B5vC2kweCNk&feature=emb_logo

Berkaitan