Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Merekod Data Suhu Pelanggan Di Buku Atau Simpanan Digital Adalah Salah

Merekod Data Suhu Pelanggan Di Buku Atau Simpanan Digital Adalah Salah

Diterbitkan Ogos 26, 2020 · Dikemas kini Ogos 26, 2020 oleh ariff bukhari

Dalam Sidang Dewan Rakyat bagi sesi pagi hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjelaskan bahawa menyimpan rekod suhu badan pengunjung adalah bercanggah dengan tatacara pengendalian dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan kerajaan.

Bentuk rekod itu termasuklah pada buku atau secara simpanan digital.

“…kalau kita pergi ke premis perniagaan, dia tulis suhu badan, maka ini tidak wajib dan maka dari segi tatacara yang kita keluarkan, ia salah. Penulisan suhu badan tidak boleh dilakukan…” Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang menyoal keberkesan aplikasi MySejahtera serta jaminan perlindungan data peribadi para pengguna.

(jawapan balas penuh dari Timbalan Menteri Komunikasi dan Komunikasi Malaysia boleh klik pautan ini)

Beliau menyatakan bahawa sehingga 15 Julai lalu, terdapat seramai 15 juta pengguna aplikasi MySejahtera.

Beliau juga menjelaskan bahawa aplikasi MySejahtera tidak diurus oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Sebaliknya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah pihak yang bertanggungjawab menyelia aplikasi tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY